Thursday, April 29, 2010

Potongan berjadual (PCB)





Salam. Masih ada masa lagi 2 hari.. (Hari ini dan esok)..

Saturday, April 24, 2010

Cara2 Penggunaan Inhaler dan Terapi Pernafasan


Assalamualaikum

Cara-cara penggunaan Inhaler:

1. Guna setiap 6 jam- Pukul 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang, 12 malam.

2. Buka penutup inhaler. Sambungkan ke corong dengan button inhaler menghadap atas. Tekapkan corong dengan rapat ke mulut emak. Tekan button Inhaler sekali. Tunggu sehingga sepuluh sedutan (boleh lihat penanda biru bergerak). Rehat 30 saat dan uang proses tadi untuk kali kedua

3. Inhaler mesti dibersihkan setiap bulan kata doktor. Tapi Ytc rasa sebulan lama sangat. Kita bersihkan setiap 2 minggu. Caranya rendam dalam air panas. Kemudian biarkan kering sendiri. Jangan dilap. Bahagian dalam corong jangan dipegang.


Cara-cara penggunaan alat terapi pernafasan.(Bebola)

1. Guna setiap satu jam melainkan jika mak tidur.

2. Suruh mak menyedut dengan kuat agar bola2 terangkat. Ulang proses ini untuk beberapa kali. Kemudian suruh mak menyedut secara panjang-panjang pula. Jika mak penat, rehat sebentar sebelum proses tadi diulang2..

Ytc

Trip to Padang Part 3- Gambar2 di Pasaman (u black version)

antara gambar2 candid yg sempat dirakam black walaupun sibuk dengan amukan safiya..
enjoy it...

angah rajin membantu...rasanya senarai barangan order ibu dalam beg besar kata aisyah...


lcct...2nd time naik k.terbang...

mas joko gembira untuk berjumpa orang kg...aisyah pengganti mrs ytc mencari senarai
barangan yg akan di beli...

disinilah krisis berlaku akibat harga murah...akibatnya black membuat keputusan,beli je lah mana yg berkenan....

penaung tahas bersama pengantin


mrs bolt cuba mententeram kan bolt yg merampas lauk dari b packer...




mrs black terpaksa menjeling lauk kegemarannya akibat pemantauan bolt..strategi bolt akhirnya berjaya walaupun safiya membedal apa sahaja yg ada di depannya...


ytc kelitan risau utk menyentuh makanan ketika bolt menegur dan memberi taklimat kos makanan seimbang ...

pekan pasaman selepas banjir...bomba? takde sendri bersihkan..


cover bagi album minang yg akan berada dipasaran...ayam den lopeh versi pasaman..


post yg cantik dari dua mempelai..moga bahagia keanak cucu..

bolt membersihkan kasutnya yg dijilat anjing..ustaz saiful sudah mesra dengan anjing walaupun baru 1 minggu tinggal disana...


juru kamera profesional di terbangkan khas buat ustaz saiful

rumah sakit stroke bukit tinggi...bonda sedang menahan sakit.


safiya kelihatan tengah tenang....

ha, 24 jam nangis...letih dibuatnya



Tuesday, April 6, 2010

Trip to Padang Part 2- Gambar2 di Pasaman

Assalamualaikum

Tak banyak gambar yg dirakam di rumah keluarga pengantin perempuan di Pasaman kerana kamera kehabisan bateri. Cuma ada beberapa gambar saja yg sempat diambil..



Di rumah nenek pengantin perempuan..




Sewaktu baru tiba. Ustaz Saiful pun dah macam warga Pasaman..


Backpacker yang lengkap dengan pelbagai alatan-kamera, laptop, hp, travel plug dan GPS sampai tertinggal wallet sendiri di masjid. Nasib baik maklong ternampak dan pulangkan..



Adik Noni, Ustaz Saiful, Bolt, Bolt Junior (Aina), U. Black, Along (Mas Joko), Aisyah, Wazif, Backpacker dan Hazwah.

Gambar di tepi sungai. Ingatkan nak mandi keesokan harinya (Sabtu) tapi tak jadi sebab nak pulang awal. Black dah siap dengan tuala mandi..


Ustaz Saiful segak berpakaian baju melayu Putih susu lengkap dengan sampin songket untuk acara nikah. Beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan akad nikah yg lancar walau pun train last minute. Majlis yang pada awalnya dirancang selepas Asar ditangguh selepas Isyak. Akad Nikah dijalan pada pukul 11.00 malam..



Aina..



Nenek kepada Noni dan penaung Taahas- Haji Shukor..



Noni, pengantin perempuan mengucapkan selamat jalan kepada rombongan pihak lelaki. Kami bertolak pulang lebih kurang pukul 8.00 pagi hari Sabtu 3 April 2010 untuk menghantar emak ke hospital di Bukit Tinggi..
Semasa di Indonesia, Ytc belajr beberapa istilah. Antaranya:
Polsa = Simcard
Senduk = Sudu

Monday, April 5, 2010

Lawatan ke Indonesia Part1- Nasi Padang

Assalamualaikum

Terima kasih berbanyak2 kepada delegasi yang memeriahkan trip ke Padang pada 1 April baru2 ni untuk menghadiri upacara perkahwinan Ustaz Saiful. Juga berbanyak terima kasih pada yang menghantar dan menjemput- Abang Long, Ateh, Makcik Cun, Razak, Yazid dll

Banyak gambar2 menarik yang hendak di paparkan. Antara yang unik di Padang/ Indonesia adalah makanannya. Nasi Padang di sini makan berhidang tak macam di Malaysia. Post kali ini difokus pada adegan2 makan..



Aina di Dunkin Donut KLIA sejurus sebelum berlepas. Donut-RM 2.50, Hot Chocolate - RM 7.50.



Makan di rumah keluarga Adi di Padang. Terima kasih pada tuan rumah sekeluarga yang bersusah-payah menyediakan makan-minum..



Makan di sekitar Bukit Tinggi kalau tak silap. Ini makan tengahari beramai-ramai kali kedua. Ongkosnya sekitar Rupiah 380,000. Kali pertama makan adalah Rupiah 520,000. Kali kedua dah pandai cara untuk berjimat. Kali ketiga lagi jimat, cuma Rupiah 192,000..



Perhatikan lauk-pauk yang pelbagai.. Malamnya kami cuma makan nasi goreng dan mee goreng. Bukan apa, penat gak kalau asyik makan banyak lauk..



Aisyah dan kenalan barunya 'Mas Joko' di Bukit Tinggi..

Aisyah semasa breakfast di Hotel Dymens. Walaupun cuma ada dua menu- Nasi Goreng dan Mee Goreng tetapi rasanya sedap..

Bolt, Aina, Hazwa dan Aisyah di Hotel Dymens..



Bolt sekeluarga sedang menikmati Nasi Goreng Padang yang lazat..


Backpacker dan Uncle Black bersama keluarga masing-masing. Mee Gorengnya pun sedap..



Mungkin akibat catuan makan yang dikenakan oleh Backpacker siangnya (Rupiah 192,000 sahaja), ada yang kurang puas. Kelihatan Backpacker, Bolt dan Uncle Black sedang mengasak warung satey padang dalam perjalanan pulang..



Backpacker, U. Black dan Bolt sedang asyik menikmati Satey Padang yang menggiurkan..



Bolt sedang menikmati satay..


Uncle Black..


Black cuba menghalang..



..Mas Joko dari turut serta..