Sunday, August 28, 2011

Balik kg ahad 9malam...

Selamat hari raya Aidil Fitri pada semua.


Monday, August 22, 2011

Salam Ramadhan dan Eidul Fitri



last year recap- kaklong is ready with duit raya. On her left is a bundle of duit raya..

Assalamualaikum

Before I busy doing other things, I would like to wish you best for Ramadhan. Maaf Zahir Batin. And also Salam Aidil Fitri. We still have a bout a week to 'pulun' ibadah though the one who say it no better than you all.. it just that we can't wait to be perfect to deliver a good message to other people..

2. Wednesday after maghrib, I will go to kaklong's house. Maybe we can Isyak and Tarawih at nearby surau and after that have a cup of Teh Tarik. Whoever order raya change, please bring along money with you. I will deliver them as well..

Wassalam

ehem...got order for 200 notes of RM10- siapa yang masyukkk?

Camping

Salam. Ni ada link sume air terjun dlm malaysia. bole check sini. ni salah satu air terjun yg menarik.
Berkelah n Jerangkang.


http://www.waterfallsofmalaysia.com/19berkelah.php

Thursday, August 18, 2011

Merokok



Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):


Keterangan/Hujah:


1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.


iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:


“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”


“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Monday, August 15, 2011

Siapa yg Masyukkk???


Mlm ni dgr khabar ada org open table Satay Willie kat Sg Rml Maju Junction?? Oleh kerana tidak mendapat khabar berita siapakah gerangan yg akan meng'open' table tersebut, di sini bolt meletakkan antara nama2 mereka mengikut ranking yang berkemungkinan sedang masyukkk sekarang mengikut keadaan 'mewah' mereka ketika ini...

1. Backpacker - Baru selesai pindah, rumah baru yg sempurna dihiasi perabot2 mewah seperti sofa kulit (siap bole jadi katil), set2 bilik yg baru, dan bisnes kereta yang meletup2 di waktu raya menjelma ini...
2. Uncle Black - Tempat kedua ter'masyukk' kerana di dapati baru meng 'order' Avanza baru di kedai, di samping membuat pengubahsuaian tiles rumah yg besar (2kaki)... Juga bisnes kereta yg meletop2 lagi2 selepas bolt dan Makcik Cun menambah pelaburan lagi dlm bentuk 4 biji kereta... Masyukkkk
3. Ytc - Kedai photostat yang dianggarkan 'meletup' selepas student masuk blaja lepas raya ni...
4. Abg Mb - Tunggakan beliau yg memakan nilai beratus juta (rupiah) atau berpuluh ribu ringgit ketika ini...

Anda pasti dpt menilai gerangan 'siapa' yg akan open table malam ni dan dikhabarkan open table ini berlanjutan sehingga sahur esok!!!!

Semoga murah rezki!!!! amin...

Wednesday, August 10, 2011

Imbas sejenak Last xpdc Mei 2008 - Ulu Tembeling


Air agaj keruh kerana hujan...

Sebelum berangkat pulang

Peluk mcm xnak lepas jer... stail mcm budak kecik pun ada...hehe


Salah jalan... patut la blk ada benda patah kt tayar blakang...jln teruk sgt...

Selepas menunaikan Solat Subuh Berjemaah...


Alas perut...


Baru sampai...

Sedapnye Abg Mat Bunga Tido....

Crew Masak memasak...

Sesi Melepak...

Jika ada sapa2 xda gmbr2 xtvt ni, kalau nak bolt ada... bagi pendrive. byk lagi ada yg x post termasuk la xtvt2 lain...

Friday, August 5, 2011

Gambar2 utk MEnAiKKAn SEMANGAT AhLi2 TAAHAS!!!

Pagi td bcpcker call tanya tarikh yg sesuai utk aktiviti LASAK Taahas, bolt ckp bolt x ksh sbb dah xda komitmen blaja, so bila masuk opis bolt teringat xtvt2 lasak mendaki Gunung Ledang mengikut Geng2 Bcpckr pada 2007. Saje bolt post utk menaikkan 'Semangat' ahli2 Taahas yg lain betapa 'Enjoy' nya aktiviti sebegini. Walaupun Kudrat yg dilemparkan sehingga tidak terdaya, tetapi kemuncak aktiviti sebegini adalah menjadi 1 Impian bg mereka yg gemarkan cabaran, dugaan dan keperitan dalam menggapai impian.... Bcpckr ingat lagi x Moto kita? "Only the Fittest can Touch the wind".... (amik dr ayat baju tshirt yg jual kat kaki gunung sblm mendaki...hehe)


Sebaik sahaja sampai di kaki gunung, kami sempat bergambar.... berat beg masing2 ada yang mencecah 23kg!!! (black blm tentu bole join... fitnest kurang...)

Langkah pertama....


Baru smpi di checkpoint pertama dimana kami kena mendaftarkan diri beserta keperluan2 yang dibawa, supaya pendaki2 tidak membuang sisa2 plastik/smph di atas gunung nanti...

Merentasi sungai....time ni dah geram nak berkubang tp sebab pjalanan jauh lagi tpakse la tahan jerk...huhu

Bcpckr yg dipercayai mempunyai stamina yg tinggi juga tercabar apabila turun dr gunung (injured)...

Jalan yg agak licin kerana kami menempuhi segala jenis laluan dan cuaca... hujan, panas....

Mengambil angin sebentar kerana kepenatan... Persekitaran yg sgt memukau lagi2 ditambah kabus yg menebal....

Byk kawasan yg menarik yg tidak dapat di lawati atas dasar masa yg sgt terhad...


Sejurus sampai, kami menaikkan khemah dan mula berkemas utk memasak (lapar giler!!!!)


Sungai di kawasan kami berkhemah...sangat memukau lebih2 lg ikan2 putih yg subur memenuhkan air nan jernih....


Sungai yg sangat segar dan begitu sejuk.... (baru turun dah xnak msk lagi...huhu)


Gambar ini diambil lebih kurang jam 3 pagi, kami tidak dapat melelapkan mata kerana kesejukan yg amat sgt...sampai ke tulang sumsum... (bolt pakai 4 baju termasuk bj sejuk!!!)

Bcpkr juga kelihatan sejuk bangat!!! Layan megi ditepi unggun api...


Sume pakai stoking tuu...


Sejurus matahari mengintai dicelah pepohon, kami mula berangkat utk ke kemuncak Impian!!!


Kalau black join ni mau bolt kena tolong tarik je...


Bacpckr sgt teruja, dan menunjukkan skill nya... (ni blm injured lagi...tu yg eksen tu....)


Mencabar!!!!

Setiap langkah diambil dgn penuh hati2...

Sgt tinggi...


melalui pepohonan Bonsai di atas gunung...

Kami Berjaya Tiba!!!! Setiap ahli menunjukkan ekpresi raut muka yg kepuasan kerana akhirnya Gunung Ledang berjaya di Tawan!!!

Bergambar sejenak...

Ni dah jam 1-2 tghri, pun berkabus lagi... kalau smpi pagi mmg lagi SYOKKKKK


Gunung berjaya aku takluki, walaupun kaki injured (lutut), bcpckr masih menguatkan semangat utk menuruni gunung... (bolt tpakse tunggu sbb bcpckr lambat, lutut dah makan...huhu..sampaila ke kaki gunung...) Skian... Buat tatapan ahli2 Taahas, Moga semangat anda TercaBar!!!!

Monday, August 1, 2011

Banglo PD Mei 2011

Ni gmbr kat umah...rehat2...

Aina rajin melayan Adam...


Iffat juga rajin bermain bsama Adam...

Tido kat toto jerk...

Hensem seperti Bolt...

Aktiviti di Banglo yg terakhir sebelum puasa... Iffat menunjukkan skill terjunan bahayanya...

Menenangkan fikiran...

Malamnya bawak mak n ayah makan di luar...

Mak n ayah teruja menanti makanan berlauk yg ditunggu2...

Sekian... Saje update blog skali skala.... ;p