Monday, July 30, 2012

Pindah Barang

Assalamualaikum

 Disebabkan ramai yang pilih angkat barang Sabtu malam lepas buka puasa(4 Aug), maka 99% Ytc tukar ke hari tersebut around 9.00 pm. Lagi 1% tunggu confirm dari lori..


Kalau malam bolehlah jamu makan sikit-sikit.....ahak!

Wassalam..

Pindah Barang


Assalamualaikum Pertolongan semua amat di harapkan untuk pindah barang di rumah Ytc seperti berikut Tarikh: 5 August (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Rumah Ytc, Bandar Teknologi Kajang, Selangor

 Di sebabkan bulan puasa, minta maaf-makan2 takde ye..tapi insyallah pahala lebih bulan Ramadhan ni.. Terima kasih Wassalam

Friday, July 27, 2012

Duit Raya

Assalamualaikum Ada sesapa nak tukar duit raya tahun ni?




Wassalam..Ytc..

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Pertama

Belakang : Pak Lang Bella, Pak Long Bella & Pak Teh Bella
Depan : Ummi Bella, Pak Su Bella, Wan Bie Bella, Salsabila a.k.a Bella, Mak Ndak Bella, Tok Abah Bella, Pak Uda Bella & Baba Bella a.k.a Suhaimi

Dikesempatan ini kami (Pak Long sekeluarga) mengucapkan selamat Manyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.  Mohon maaf segala kesalahan dan kesilapan.  Wassalam...

Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 2012



Assalamualaikum

Selamat berpuasa . Maaf Zahir dan Batin dari Ytc kepada semua. Semoga tahun ini ibadah kita lebih berkualiti. Yang penting, lebih baik dari tahun lepas..

Di kesempatan ini juga, Ytc ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli2 Taahas yang banyak menyumbang dan terlibat di dalam aktiviti2 Taahas sepanjang tahun ini seperti sukan bola, trip bermotor dan sebagainya. Kita berharap, banyak lagi program terutama yang membabitkan kaum wanita dapat dilaksana. Oleh itu, apa2 cadangan amat dialu2kan..

Sebagaimana maklum tahun ini kita berhari raya di Sg Ramal. Alhamdulillah, rumah mak dah berwajah baru. Terima kasih kepada Ustaz Saiful dan Noni yang tolong cat rumah mak. Akan tetapi, kita semua mesti ada azam untuk buat lebih lagi. Saya sendiri selalu terfikir, kalau rumah kita sendiri kita nak buat cantik2, kenapa rumah mak kita buat ala kadar sahaja..

Oleh itu, saya cadangkan kita perbaiki dapur mak dengan membuat 'kitchen kabinet' yang baik, tiles dsb. tentulah ini memakan kos yg banyak jadi kerjasama ahli2 amt diperlukan. Mungkin kita boleh beransur buat kitchen kabinet dahulu. Apa kata ahli2 Taahas?

Wassalam..

Friday, July 20, 2012

Ucapan Ramadhan Dari Uncle Black Sekeluarga...



Selamat meyambut ramadan...new member yg join puasa tahun ni qasdina safiya, setengah hari,hari pertama je...

Thursday, July 12, 2012

Rentetan Game Bola yg Lalu...

Salam... Bolt telah membuat post mortem dimana kekalahan Sg ramal fc kepada Semenyih United yg tidak dijangka umpama Man City (Sg Ramal fc) bertemu Felda United (Semenyih United). Walaubagaimanapun, Sg Ramal fc menganggap kekalahan ini sebagai umpama menjaga hati pihak lawan lebih2 lagi sebelum ini Semenyih United tidak pernah dapat mengalahkan Sg Ramal fc.. Berikut di sertakan beberapa candid pics utk tatapan semua...

Bolt membantu player2 membuat regangan otot utk mengelakkan kecederaan...

Semenyih United yg berjaya menundukkan Sg Ramal fc julung2 kalinya....
Sg Ramal Fc... ramai yg tidak cukup umur... hehe
Ytc memberi sedikit taklimat kepada TRIO berbisa Semenyih United iaitu Ineista, Xavi dan Silva....
Perlawanan hampir bermula
Mas Joko dan Anton Suryo (jersi no 1) dilihat cukup berkesan membantu serangan2 Semenyih United
Black dilihat semakin Tenggelam kerana prestasi yg tidak konsisten...
Harapan menggunung diletakkan kpd player ini... W/bagaimanapun kurang berkesan ibarat Cristiano Ronaldo yg bermain utk Portugal...
Hanya Bolt dilihat dapat melepasi benteng2 pertahanan Semenyih United...
Backpacker cuba membuat Tendangan Gunting namun tidak berjaya menerjah gawang...
Pemain yg masih dalam perhatian dan masih belum membuat keputusan samada ingin bermain utk Semenyih United Ataupun Sg Ramal Fc...
Pertahanan terbaik yg sgt membantu Semenyih United... Uncle Zaidi.. Sepatutnya player ini bermain utk Sg ramal... Namun, disogok pada awal permainan supaya bermain utk Semenyih United...
Counter attack dr Semenyih United!!
Separuh masa berlalu namun masih 0-0... Mas Joko dilihat membuat jampi serapah bagi mengalahkan Sg Ramal Fc....
Penyokong2 kedua2 belah pihak sangat Mesra dan boleh duduk setempat tanpa bergaduh dan membaling mercun...
si anak yg mewarisi bakat dari ayahnya... begitu juga cucu2 Taahas..
Ytc dilihat menukar team pd saat2 akhir sebelum sepak bermula kerana melihat Semenyih United ramai yg dewasa dan terus memasuki team mereka semata2 inginkan kemenangan...
Cristiano Ronaldo masih berbisa walaupun sokongan team yg ramai daripadanya masih di bawah umur...
Naufal tidak dapat melepasi Uncle Zaidi
Rembatan zainal abidin hasan utk gol pertama... menewaskan penjaga gol Syauqi...
Ytc meniru cara zainal abidin mendapatkan gol dgn merembat secara jauh dan berjaya... Ini kerana mereka melihat keeper Sg ramal fc yg agak kecil dan mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut...

Kak Dina kecewa melihat prestasi kekandanya Black...



Perlawanan Timbal Balik akan di adakan semula bagi mendapatkan 'game' yg lebih adil utk kedua2 belah pihak... Ini kerana Player2 Semenyih United dilihat mengambil pemain2 yg bersaiz dewasa dan sepatutnya pengadil lebih peka sebelum perlawanan bermula... Adakah perlawanan Timbal Balik ini akan di adakan pada minggu ini sebelum puasa atau bila?????

Saturday, July 7, 2012

Semenyih United (Spain) 4 -1 Sg Ramal FC (Italy)

Assalamualaikum


Faiz- tonggak pertahanan Semenyih United berjaya mengekang Bolt dan Backpacker..

Alhamdulillah. Perlawanan bola Taahas berjalan lancar pada minggu yang lepas. Kehadiran penyokong kedua-dua belah pasukan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Kepada yang berjaya..ehem..Semenyih United syabas diucapkan dan pada yang kena belasah ..Sungai Ramal FC..harap-harap ambillah iktibar..berusahalah lebih gigih untuk menyaingi kehebatan Semenyih United yang tak boleh dipertikai..

Perlawanan bermula rancak dengan kedua2 pihak saling berbalas serangan tetapi Semenyih United yang dilihat lebih berbahaya di depan gawang lawan. Abang Long bermula sebagai penjaga gol tetapi di minit ke 12, beliau beralih arah sebagai striker pulak. Perubahan ini berjaya mengelirukan Sungai Ramal FC hasilnya jaringan pertama di hasilkan pada minit ke 12 juga. Tolakan kemas ke belakang berjaya disudahkan dengan baik oleh Abang Long melalui sepakan lambung jarak 40 meter dari tengah padang memerangkap penjaga gol Sungai Ramal FC

Sungai Ramal cuba bangkit dengan melancarkan serangan-serangan balas tetapi banyak peluang-peluang disia2kan oleh Bolt dan Backpacker samada rembatan tersasar atau tersalah kaki semasa mengambil tendangan. Bolt yang dijangka turun sebagai penjaga gol sebaliknya beraksi hambar sebagai penyerang begitu juga Backpacker yang tumpul di posisi tersebut. Sebaliknya Ytc menghukum keghairahan Sg Ramal untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan cantik minit ke 20 separuh masa pertama

Gerakan bermula dari sepakan sudut oleh Fahmi dan berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Sg Ramal. Bagaimanapun Ytc berjaya mengelecek lapan pemain Sg Ramal lantas meledakkan gol kedua Semenyih United gagal di sambut oleh Shauki penjaga gol Sg Ramal. Strategi Naufal yang beraksi dibahagian bawah nampaknya tak berhasil. Apakah beliau korang fokus pada perlawanan ini kerana akan menghadapi peperiksaan atau kekangan Ateh yang memberi syarat tertentu sebelum beraksi? Hanya Naufal yang tahu jawapannya. Apa yang pasti Naufal nampak terlalul berhati-hati mungkin untuk mengelak kecederaan..

Keadaan tidak banyak berubah di separuh masa kedua. Trio berbisa penyerang Semenyih United- Mas Joko, Fahmi dan Fariz banyak menguasai ruang midfield dan kawasan hadapan gol Sg Ramal sedangkan Black sebagai midfield seakan-akan lumpuh kerana kurang memberi hantaran2 tepat kepada Bolt dan Backpacker. Kehadiran dua orang pemain import pro Sg Ramal dari Sek Left Adnan juga tak banyak merubah situasi. Walaupun bermain dengan baik melalui larian2 merbahaya tetapi di kekang oleh pertahanan mantap Semenyih- Fais dan Faisal serta di bantu pemain veteran Pak Zaidi yang beraksi cemerlang di bahagian tersebut..

Pada separuh masa kedua, pemain tambahan Sg Ramal (bukan gantian) Ajak dari Shah Alam dimasukkan untuk memberi cabaran lebih bermakna, tetapi kehebatan Semenyih tak dapat disaingi oleh Sg Ramal. Ytc yang beraksi sebagai penjaga gol Semenyih United di separuh masa kedua juga beraksi cemerlang di posisi tersebut dan berjaya menyelamatkan gol dengan menggulingkan badan tanpa menanduk tiang gol..

Dua gol lagi dihasilkan oleh Semenyih United melalui Fahmi dan seorang lagi penjaring gol menjadikan kedudukan 4-0.  Sg Ramal FC yang tertekan terpaksa meminta masa permainan dilanjutkan ke tambahan masa. Semenyih FC yang tak sampai hati melihat Sg Ramal yang terdesak memberi gol saguhati.  Bermula gerakan dari tengah padang, Abang Long selaku penjaga gol berpura-pura merebahkan badan padahal gol tersebut telah dirancang oleh Semenyih FC sendiri agar Sg Ramal tak putus semangat. Malah Abang Long sempat menukar baju dan menghisap rokok sewaktu serangan giat dilancarkan oleh Sg Ramal..

Di akhir masa, keputusan muktamad- Semenyih United membenam  Sg Ramal FC 4-1.  Keesokan harinya, Spain yang mendapat inspirasi dari kemenangan Semenyih ini membenam pula Italy yang berpihak pada Sg Ramal dengan margin besar 4-0..Kemenangan ini cukup berharga pada Semenyih United terutama kepada kapten Abang Long yang sanggup menolak tawaran Blackburn baru-baru ini..

Thursday, July 5, 2012

Bolt, Backpacker..please investigate..


Blogger Blog takedown notification
Inbox
x

support@blogger.com
Jun 19
to meblogger-dmca-n.
Blogger has been notified, according to the terms of the Digital Millennium Copyright Act (DMCA), that certain content in your blog is alleged to infringe upon the copyrights of others. As a result, we have reset the post(s) to \"draft\" status. (If we did not do so, we would be subject to a claim of copyright infringement, regardless of its merits. The URL(s) of the allegedly infringing post(s) may be found at the end of this message.) This means your post - and any images, links or other content - is not gone. You may edit the post to remove the offending content and republish, at which point the post in question will be visible to your readers again.

A bit of background: the DMCA is a United States copyright law that provides guidelines for online service provider liability in case of copyright infringement. If you believe you have the rights to post the content at issue here, you can file a counter-claim. In order to file a counter-claim, please see http://www.google.com/support/bin/request.py?contact_type=lr_counternotice&product=blogger.

The notice that we received, with any personally identifying information removed, will be posted online by a service called Chilling Effects at http://www.chillingeffects.org. We do this in accordance with the Digital Millennium Copyright Act (DMCA). You can search for the DMCA notice associated with the removal of your content by going to the Chilling Effects search page at http://www.chillingeffects.org/search.cgi, and entering in the URL of the blog post that was removed.

If it is brought to our attention that you have republished the post without removing the content/link in question, then we will delete your post and count it as a violation on your account. Repeated violations to our Terms of Service may result in further remedial action taken against your Blogger account including deleting your blog and/or terminating your account. DMCA notices concerning content on your blog may also result in action taken against any associated AdSense accounts. If you have legal questions about this notification, you should retain your own legal counsel.

Sincerely,

The Blogger Team

Affected URLs:

[http://taahas09.blogspot.com/2010/10/bolt-move-on-6-nov-2010.html]