Monday, April 27, 2009

Menawan puncak "Besar Hantu" (4794')...

Salam. Ekspedisi terbaru kelab gunung ABASS. Menawan puncak gunung besar hantu pada 25 April 2009 tempohari. Memang tough jalannya. Bak kata pepatah orang putih, "pushing the limit". Hehehe... Masa dalam pendakian tu, ada gak terpikir, sapa lah hantu raya yang mengajak aku manjat gunung ni.. Hampeh betul, menyusahkan orang.. Duduk rumah layan astro lagi baik..

25 April 2009. Jam 9.45am.
Starting kena layan 4x4 dulu.. Dalam sejam gak menunggangnya...

Kalau jalan kaki akan ambik masa lebih kurang tujuh jam.. Naik x-trail ni jimat enam jam..


Jam 10.45am.
Ok. Sampai disini sahaja 4x4. Selebihnya kena hadap menggunakan 2x2 (kaki dan kepala lutut). Hehehe...


Cayalah backpacker.. Nampak bersemangat !!

Jam 12.00pm.
Sampai di Kem Sg. Kering.

Kena meniti balak..

Snap se"round" dulu... Lain kali tak tau bila nak sampai lagi...

Jam 2.20pm.
Sampai di Kem Orkid. Letih dan kepanasan. Tapi survivor cam kitaorang, no hal punya. Jap lagi coklat abis, kita layan ulat kayu lak untuk dapat bekalan protein.. Cei wah!!


Kem Orkid mesti ada orkid.. Ni buktinya... Cun tak? Nak tengok jom ikut menapak empat jam. Ader bran?


Ni lah sumber air kitaorang memasak. Berdekatan dgn Kem Orkid. Depan sikit jer..

Ayam goreng panas ditengah hutan.. Memang nikmat..

Nak turun sungai tempat air ni memang jauh sikit. Tempat pun sempit. So tak digalakkan camping disini. Yang lain-lain semua survivor jenis kambing.. maleh nak mandi.. Tapi backpacker tak macam tu.. Kesegaran badan kena jaga.. Kita layan mandi dulu bro..

Cayalah mizan. Ikut turun tapi tak ikut mandi. Ada agenda lain..

Bergambar dengan pokok balak.. Kalau dapat kat tokeh balak, memang meleleh air liur ni..

Kalau perasan, Backpacker satu-satunya yang dah salin.. (dah mandi la tu)..

Jam 6.45pm.
Selamat datang kepuncak pertama. "Den budget dah sampai. rupo-rupo lagi sojam.. Hampeh botul.."

Batu penanda sempadan Negeri Sembilan - Pahang.

Belah sini Negeri Sembilan.

Belah sini lak Pahang..

Rilek jap luruskan kepala lutut. Takkan lari gunung dikejar.

Jam 7.30pm
Berhenti atas permintaan abang bulat. Dah tak jauh dah puncak. Nak prepare lampu pasal nak aksi sikit dengan climber2 yang kat atas tu.. "Hey guys!! Look at us. We have head lamp torchlight!!" Hehehe.. Cuma sampai puncak dalam jam 7.45pm.

26 April 2009. Jam 7.15am.
Keesokkan harinya. Kita layan sunrise dulu. Bukan senang nak tengok matahari terbit atas gunung ni..


Khemah guide kitaorang. Man namanyer. Kitaorang yang hardcore ni tak bawak khemah pun.. Tidor guna sleeping bag jer.. Tapi backpacker lagi hebat. Khemah tak bawak, sleeping bag pun tak bawak. Real Harcore! Macam "Bear Grylls" dalam siri Man vs Wild jugak.

Sleeping bag for nothing !!!

Memacakkan bendera Malaysia tanda gunung telah ditawan !!!

Jam 8.15am.
Bersiap nak turun. Steadylah kelab gunung abass.. Dengar citer ada yang mengadu, "macam nak pocah jantung den manjat gunung ni!!"
Jam 11.35am.
Tiba semula di kem Sg Kering. Ader sesetengah pendaki tu panggil kem hantu air. Yang ini kot??

Jam 12.40pm.
Balik lencong ikut jalan lata kijang. Turun menjunam melalui 340 anak tangga. Lutut pun dah tangkap. Letih gak nak melayannya..


Jam 12.53pm.
Backpacker macam biasa orang yang terakhir sampai. Bukannya aper, jadi sweeper memang kena last. Untuk memastikan tak ader pendaki2 yang tertinggal..


Tinggi air terjun belakang tu.. Gerimis kuat..

Nampak tu ader pelangi keluar.. Boleh lencun dengan titisan air ni..

Layan mandi korang ye? Mentang2 lah dah dua hari tak mandi... Hehehe..

Backpacker takder hal.. Semalam dah mandi.. Tak lah kemaruk air sangat..

Gambar last sebelum battery habis. Memang best last Air Terjun Kijang Jatuh ni..

Saturday, April 25, 2009

Lawatan Ke Taman Burung, Honolulu

Pertama-tamanya diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang MB kerana telah berjaya mendapat zuriat lelaki buat pertama kali! Ada juga cadangan untuk memberikan nama MB tu pada Ytc tetapi Ytc terpaksa menolak dengan baik kerana nama tu eksklusif untuk Abang MB sahaja. Ytc tak gila kuasa..

Awal bulan hari tu Ytc pergi makan angin ke Honolulu dengan family melihat-lihat burung di sana. Ytc faham adik-adik lain takde peluang nak pergi ke Honolulu jadi di sini Ytc sertakan gambar-gambar kami di sana..


Contoh burung yang ada di Taman Negara Honolulu, Hawaii..


Tiga dara pingitan sedang asyik memberi makan pada buaya ganas yg terdpt di Taman Negara Honolulu















Siti Aisyah bersama dengan Burung Merak yang sedang bersedia untuk menyerang..




Untuk makluman, tarikh pada gambar adalah salah sebab Ytc tak adjust..



Thursday, April 23, 2009

Menyandat sotong di Pulau Sibu..

Salam. Aktiviti terbaru ABASS. Mencandat sotong di Pulau Sibu pada 18 April - 20 April 2009. Berikut sedikit gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti tersebut..

Sampai jeti Tanjung Leman lebih kurang jam 6 pagi. Tunggu bot dalam pukul 7.30 sampai.

Kelihatan Pak Wan duduk bersantai didalam perjalanan.


Masih fresh lagi brader Fauzi kita ni.. Steady lah bro.. Satu family turun.. Memang hardcore nyer family ni..


Terik matahari tu...


Lepak nyorok kat belakang tiang.. Hehehe...


Ahad 19 April 2009.. Keesokkan hari. Semalam dah dapat sotong 3 ekor naik.. Tak sempat ambik gambar lah...

Rumah penginapan kami.. Taraf 5 star ni..


Ni rumah penginapan yang lain lain.. Cuma 2 star jer. Hehehe... Panas bangat... Atap zink.. Semua mengadu tak leh tido siang.. Hehehe... Sib baik brader Azri ajak masuk chalet 5 star semalam..


Yang ni kira dia punya kafeteria lah... Makan minum semua lengkap disediakan. Tak sempat lapar...


Bot memancing kami... Steady dipukul ribut...


Gambaran dari atas.


Hari Isnin 20 April 2009. Nak gerak gi snorkerling lak..


Yang harcore2 ni semua nak sambung layan mancing.. Semalam ribut petir tak leh buat aper.. Semua aktiviti jammed.


Ah yip menunjukkan skill trolling.. Banyak bawak naik baracuda bang?


Menuju ke pulau kukus.. Spot snorkeling..


Slow betul lah bot ni.. gear 3 dia rosak.. Tinggal gear 2 jer boleh hentak.. 20km sejam..


Snap belah driver lak.. Wah, pakwan kat belakang tu dah jadi 2nd pilot nampak?


Jam 4.30pm. Nak gerak dah balik ke Tanjung Leman. Gambar kenang-kenangan tiang tempat Uncle Raymond bergayut menyelamatkan diri semasa jatuh dipukul ribut semalam.. Steadylah uncle..
NO FEAR !!! (Katanya lah...)


Dah sampai loji.. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sempat lagi bergambar dengan hasil tangkapan.


Ok, last snap.. Close up sikit...