Showing posts with label ytc. Show all posts
Showing posts with label ytc. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 2012



Assalamualaikum

Selamat berpuasa . Maaf Zahir dan Batin dari Ytc kepada semua. Semoga tahun ini ibadah kita lebih berkualiti. Yang penting, lebih baik dari tahun lepas..

Di kesempatan ini juga, Ytc ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli2 Taahas yang banyak menyumbang dan terlibat di dalam aktiviti2 Taahas sepanjang tahun ini seperti sukan bola, trip bermotor dan sebagainya. Kita berharap, banyak lagi program terutama yang membabitkan kaum wanita dapat dilaksana. Oleh itu, apa2 cadangan amat dialu2kan..

Sebagaimana maklum tahun ini kita berhari raya di Sg Ramal. Alhamdulillah, rumah mak dah berwajah baru. Terima kasih kepada Ustaz Saiful dan Noni yang tolong cat rumah mak. Akan tetapi, kita semua mesti ada azam untuk buat lebih lagi. Saya sendiri selalu terfikir, kalau rumah kita sendiri kita nak buat cantik2, kenapa rumah mak kita buat ala kadar sahaja..

Oleh itu, saya cadangkan kita perbaiki dapur mak dengan membuat 'kitchen kabinet' yang baik, tiles dsb. tentulah ini memakan kos yg banyak jadi kerjasama ahli2 amt diperlukan. Mungkin kita boleh beransur buat kitchen kabinet dahulu. Apa kata ahli2 Taahas?

Wassalam..

Thursday, December 22, 2011

Cikgu Andak's Family

Assalamualaikum

Latest pictures taken with Cikgu Andak's Family at Firefly Park Resort, Kuala Selangor..





People thought Kaklong and Backpackers have big family. Actually Cikgu Andak also have big family. Seen in the picture are Cikgu Andak and her 6 children. From left- Syafaah, Bisyar, Cikgu Zam, Cikgu Andak and Syifak. In front- Wafa, Firdaus and Insyirah..




Wassalam..

Friday, December 2, 2011

Message From Chairman- Cabaran 2012


Hanis- 5A



Naufal- 5A



Syifak di belakang sekali- 5A




Nazirah- 5A


Assalamualaikum



Terimakasih kepada semua yang hadir ke majlis gilang-gemilang penyampaian hadiah kecemerlangan kepada ahli2 Taahas. Tahniah diucapkan pada yang berjaya menggondol hadiah2 lumayan manakala pada yang tak menang apa2, sila cuba lagi ada tahun hadapan. Mana tahu anda akan berjaya nanti!


Ytc tak ada gambar program tersebut yang ingin dipostkan. Memadai dengan gambar2 yang telah dipost oleh Bolt. Cuma yang ingin Ytc war2kan adalah cabaran 2012 untuk 4 lagi ahli2 kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan iaitu Hanis, Naufal, Syifak dan Nazirah. Semoga mereka ini akan teruja untuk berusaha bersungguh2 dan mengharumkan nama Taahas dengan mendapat kejayaan maksimum 5A setiap orang!


ehem..terimakasih juga pada tuan rumah yang menyediakan soto kambing menyelerakan. Tahun depan boleh buat kambing bakar pulak!


Ytc

Friday, November 25, 2011

Bolt Tactic




Assalamualaikum


Apakah Bolt 'buy time' atau sekadar mengelak pertembungan dengan Aizat kerana perlu lebih masa untuk 'secret' training? Bolt harus realistik dan tidak berharap orang semua lupa akan perlawanan ini. Lagi lama Bolt menangguh, lagi pressure jadinya. Ytc percaya memang Bolt kena gastrik, bukan buat2. Mungkin juga gastrik ini satu luahan fizikal Bolt yang semakin gusar di dalam membuak2 , sehingga tercetus berbagai2 simptom. Walau Bolt masih lagi menaruh harapan tinggi, jauh disudut hati kebimbangan yang memuncak tak dapat dibendung. Bolt makin merana akibat tidak mengendahkan bisikan hatinya sendiri. Ibarat kudis yang membiak, Bolt semakin lemah. Hanya angan2 tinggi menggagahkan diri nya untuk terus bertahan di bumi nyata


Come on Bolt! Reket sudah di tangan. Teruskan perjuangan! Kami sedia di belakang untuk mentertawakanmu...hehe..


Dalam perkembangan lain, Ytc berkira2 untuk mengadakan perlawanan selingan sementelahan menunggu Bolt benar2 pulih dari kejutan melihat peningkatan Aizat. Antara perlawanan yang tengah difikir ialah Aizat melawan Backpacker atau Aizat melawan Abang MB. Akan tapi rasa2nya, promoter pun tak sanggup melihat Backpacker dibelasah oleh Aizat, jadi Ytc ingin cadangkan perlawanan 'pemanas badan' antara:


Aizat + Shauki vs Abang MB + Backacker


Perlawanan bergu ini lebih menarik dan lebih seimbang sebab Shauki taklah sekuat Aizat. Bolehlah Abang MB dan Backacker berkira2 mendapat lubuk point dari Shauki. Di sini Aizat harus bekerja keras untuk 'cover' ruang yang ditinggal Shauki. Sedang Abang MB dan Backpacker menjadikan Shauki bahan serangan mereka, Shauki dan Aizat tak perlu memilih mangsa pukulan2 mereka baik Abang MB atau Backpackers sebab dua2 sama2 lemah...


Wassalam