Pada 28.6.09 BackBolt telah menyertai xpdc memasuki Offroad bersama 2 Otai Offroad, Abg Zul dan Mizi... Kami bermula dari Sg Tangkas ke arah semenyih... Di atas adalah lokasi berhenti pertama kami. (kerana Jalan tinggi, ada balak, xleh lompat....heheh tepakse angkat moto ramai2 bawak trn....)
Backpacker merenung sambil berfikir... "ni kan best kalau dapat lompat..." walaupun ketika ini beliau sangat takut pada aksi lompatan, namun beliau amat ghairah....
x lupe trademark 'ayah'..... kerana teringat ayah pernah cakap ayah juga pernah layan Scrambler suatu ketika dulu... hehheh
backpacker memenangi kategori Posing paling maut, dan bolt hanya memenangi kategori pecut n lap paling cepat dan laju sahaja... bolt x kisah....
Kerana gara2 helmet backpacker inilah, kat kedai org tanya kenape helmet sempoi sangat... huhuhu... kat bengkel macha tanya, sampaikan di rumah (basuh moto kat sg ramal) pakcik basuh keta pun tanya....hehehe... kan bolt dah cakap, tukar helmet awal2.... ;p
laluan lumut dan rumput.... ada lalu bahagian lalang2 tinggi orang tu.... macam hero dalam filem lak rase....hehehe
Backpacker juga 'terpaksa' mencuba setelah didesak, dipujuk rayu oleh bolt utk melakukannya... walaupun pada awalnya dia berkata 'ko jelah try...abg amik gambar jerlah...' akhirnya beliau akur setelah di bawa berbincang oleh bolt.... nasihat terakhir bolt juga utk menarik minyak semasa mendaki bukit dapat di ikuti dgn baik.... walhal sebelum itu beliau cuma lompat hanya pada perkataan sahaja.... ;p Yang lain bila nak join!!! jgn sampai kami titik tinggal sekilo dalam htn nanti!!!!! ehhehe