Ahad baru ni (27 Sept 09), Ytc pergi ke Sungai Lepoh untuk beraya di rumah kawan. Ytc rasa kat sini adalah tempat yang sesuai untuk bawa budak mandi. Air terjun dan sungainya lebih baik dari Sg Tekala atau Pangsun sebab tiada batu-batu tajam. Alirannya tidak begitu deras dan sungainya tidak berapa dalam..
Chalet yang terdapat di Sg Lepoh. Sewa cuma RM 50 semalam dan jika tidak bermalam cuma RM 25 shj.
Tuesday, September 29, 2009
Saturday, September 26, 2009
Imbasan saat kecil ..
Salam. Ramai diantara kita membesar dengan siri cerita Gaban & Ksatria Baja Hitam. Lagu "intro" nya sahaja sudah cukup untuk membuat kita terpanggil mengadap tv. Kedua-dua siri ini boleh dikategorikan sebagai "MUST SEE" siries. Tetapi tahukah anda lirik dan maksudnya??? Sempena hari raya ini, disajikan dengan video tersebut bagi mengembalikan memori zaman kanak-kanak kita.... Terimalah.... (Please turn on your speaker).
Tidak lupa "Maero Attack"
Tuesday, September 22, 2009
Bolt / U.black menyembah bumi...
Video yang dirakamkan adalah detik2 cemas ketika BOLT menyembah bumi setelah percubaan untuk menunjukkan skill donut nya kepada UNCLE BLACK gagal !! Bolt yang panas kerana baru sahaja 'termakan pasir' oleh tayar backpacker kelihatan cuba untuk membuat "counter attack". Malangnya percubaan beliau memakan diri apabila tergolek sayur dihadapan uncle black-the beginner. Kelihatan backpacker hanya meng"ayam-ayamkan" bolt kerana situasi jatuh tumbang yang tak sepatutnya berlaku..
Uncle Black yang sedaya upaya cuba mengejar backpacker (kelihatan seketika diawal video) ternyata semakin jauh ketinggalan. Semangat menyahut cabaran juga nyata memakan diri apabila u.black tersungkur menyembah bumi ketika kali pertama mengikut backbolt memasuki trail pada 15 Sep 2009 yang lepas. Syabas dgn semangat yang ditunjukkan !!!
Monday, September 21, 2009
Cukur Jambul Ahmad Firdaus
Maaf, post ni agak terlewat sedikit. Harap peminat2 Firdaus tak merusuh!
26 July 09- Satu majlis gilang-gemilang diadakan untuk meraikan kehadiran Ahmad Firdaus ke dunia (24 May 09). Kenduri cukur jambul ini di buat di Kombok, Rantau bersama dengan sepupunya Ariana yang tua sedikit lebih kurang sebulan.
Ariana sedang dicukur
Firdaus pulak..
Ija dan Yati- ibu bapa Ariana
Firdaus tidur je sepanjang proses bercukur..
Minum susu lak. Belakang tu sepupu Maklang, Maklong Syikin..
Ytc and Firdaus
Aisyah, Maklang, Insyirah, Ytc, Firdaus dan Nazirah.

Sunday, September 20, 2009
AZAM ISHAK RESOURCES - Part 3
Land Survey at Senaling and Sri Menanti.
Selepas berhenti sejenak di Ulu Bendul, Ytc dan Abang MB meneruskan perjalanan ke Senaling, Kuala Pilah. Walaupun tanah yg kami survey itu berdekatan dengan jalan besar tetapi laluan masuk agak mencabar. Kami cuba menggunakan 4X4 tetapi tiada laluan masuk dan jalan yang bertebing tinggi dan semak-samun. Akhirnya kami terpaksa menapak dan memanjat bukit yang curam. Mujurlah Abang MB dan rakannya tuan tanah En. Rahman membawa parang. Bolehlah menebas dan membuat laluan. Terasa gigil lutut Ytc memanjat bukit. Maklumlah dah lama tak main badminton. Pertengahan jalan, kasut En. Rahman pulak terkoyak. Tanah hutan yang agak lebat itu ada harimau, kata En. Rahman.
Tanah di Senaling ini luasnya dua ekar lebih. Kami berpusing2 mencari batu tanda. Sementelahan pula sedang berpuasa, terasa dahaga dan kepenatan. "Pahit tekak abang", ujar Abang MB. Akhirnya kami temui juga batu tanda tersebut tetapi masalahnya kami tak tahu batu tanda itu batu yang mana satu di dalam peta. Alat GPS pun kami tak ada..
Abang MB menapak menelusuri denai2 di Sri Menanti
Setelah 'mensurvey' tanah di Senaling, En Rahman membawa kami menuju tanahnya di Seri Menanti pula yang terletak lebih kurang 40 minit perjalanan. Tanah ini luasnya 4 ekar dan sudah ditanam dengan anak pokok getah. Cabaran juga nak masuk ke dalam kerana jauh dari jalan besar..dan jauh dari kampung. "Kalau duduk di sini memang tak jumpa orang...", ulas Ytc
Laluan terhalang oleh dahan pokok yang tumbang. Kelihatan 'bodyguard' En. Rahman (anak bujangnya) sedang melibas dahan2 tersebut untuk memberi laluan kepada kembara..
Tanah di Seri Menanti ni memang cantik dan luas. En. Rahman nak jual RM 50,000. Pokok durian dan pokok petai pun dah membuahkan hasil! Risda pulak sedang menyiapkan pagar dan juga anak getah telah di tanam. Tergugat juga kami kecantikan tanah ni. Macam anak dara sunti yang hanya menunggu masa untuk disunting...ahakks! Di tengahnya pulak ada lembah yang sesuai untuk di buat kolam ikan...
Ini baru High Chaparral! Tanah Seri menanti mengunjur ke atas puncak bukit yang tirus dan berbentuk oval dan unik. Walaupun oval tetapi di sudut2 tertentu, terdapat cerun2 dan lurah yang mengunjur keluar..
Inilah wajah hensem En. Rahman tuan tanah..
(Sekadar gambar hiasan). Di pertengahan jalan, laluan kami tersekat lagi. Kali ini disebabkan kehadiran bukit berpasir yang tirus. Abang MB cuba memanjat naik tapi kembara tak bergerak. Hanya roda yang memutar laju menghasilkan buak2 pasir berasap2. Enjin pun turut berasap menghasilkan bau hangit yang kuat. " Dah panas enjin ni, kita berhenti rehat", ujar Abang MB seraya mengundurkan kembara ke bawah bukit.
Ytc tekan minyak lagi. Meraung2 kembara macam perempuan nak beranak tak cukup bulan. Akhirnya setelah berpeluh2 di dalm terik mentari Ytc terpaksa mengalah dan mengundurkan kereta. Bukit ni bukan setakat curam dan berpasir, malah sempit. Semasa mengundur, Kembara tersekat di dinding jalan secara melintang (maknanya nak ke belakang tak boleh, ke depan pun tak boleh) Kembara senget dan hampir terbalik! Hanya ada 2 kaki saja yang boleh main (bukan kaki Ytc, tapi kaki jalan. Gambar di atas hanya gambar hiasan, gambar sebenar lebih ngeri dan tak boleh disiarkan- actually masa tu sibuk dengan kereta, mana sempat nak ambil gambar!) Di belakang ada gaung dan di depan adalah dinding bukit, jadi Ytc kena berhati2...jeng jeng jeng..
Abang MB mencadangkan agar Kembara berehat seketika. Bau hangit pun dah menusuk ke rongga hidung. Kami memanjat bukit lagi. Kali ini lebih tinggi dan dalm cuca panas terik. "Nasib baik abang bawak topi Koboi ni..", ujar Abang MB seraya memperagakan topi Koboinya.. Ytc membiarkan kunci Kembara tergantung di dalam kereta. Biarlah, pencuri pun tak sanggup nak melepaskan Kembara ni dari tersepit, fikir Ytc.
Jauh kami mendaki. Kembara kelihatan sayup2. 4 ekar bukan kecik2 tanah. Sampai di atas berehat sekejap. Abang MB mencadangkan kami mencari sumber air pulak. Menapak lagi! Walaupun Ytc ingin memprotes kerana keletihan sementelahan berpuasa, tetapi hanya mengurungkan niat itu di dalam hati. Maklumlah En. Rahman yang lebih senior selamba je mendaki, taakan Ytc nak mengalah!
Kami pun pulang. Di pertengahan jalan sempat menjolok rambutan En. Rahman yg sedang masak ranum. Dapatlah seguni sebagai mengubat lelah mendaki tadi. Sampai kat rumah Ytc tetap kena marah sebab balik lambat...ahakss!
Akibat penderaan fizikal yang dialami oleh Kembara, keesokan harinya dia buat hal tengah jalan. Brek rosak bocor dan berasap. Nasib baik ada pomen hon dan tolong repair. "Ini minyak brek tinggal sikit la abang.. Nasib baik abang sembahyang pagi ni manyak kuat. Kalau tak mungkin accident..", komen pomen India tersebut. Akibatnya RM 600 duit Ytc terbang masuk poket pomen. (Ingat nak claim sikit dengan Direktor Azam Ishak Resources- En. Ishak)

Setelah berehat seketika, Ytc yang masih tak berpuashati cuba menunjukkan skilnya pulak. Dengan satu ram yang kuat, Ytc memecut ke arah bukit. En Rahman, Abang MB dan bodyguard En. Rahman menunggu di luar agar kereta lebih ringan. Dengan henjutan yang kuat itu Ytc berjaya melepasi halangan yang pertama tetapi sampai di tengah bukit yang panjang itu, rupa2nya da selekoh pulak yg curam. Roda berpusing laju tetapi tiada 'progress'. Suasana begitu genting dan mencabar. Ytc terpaksa menekan brek kerana kereta macam nak menggelungsur. Ytc anggarkan cerun tersebut 90% (exaggerate sikit)
Ytc tekan minyak lagi. Meraung2 kembara macam perempuan nak beranak tak cukup bulan. Akhirnya setelah berpeluh2 di dalm terik mentari Ytc terpaksa mengalah dan mengundurkan kereta. Bukit ni bukan setakat curam dan berpasir, malah sempit. Semasa mengundur, Kembara tersekat di dinding jalan secara melintang (maknanya nak ke belakang tak boleh, ke depan pun tak boleh) Kembara senget dan hampir terbalik! Hanya ada 2 kaki saja yang boleh main (bukan kaki Ytc, tapi kaki jalan. Gambar di atas hanya gambar hiasan, gambar sebenar lebih ngeri dan tak boleh disiarkan- actually masa tu sibuk dengan kereta, mana sempat nak ambil gambar!) Di belakang ada gaung dan di depan adalah dinding bukit, jadi Ytc kena berhati2...jeng jeng jeng..
Abang MB mencadangkan agar Kembara berehat seketika. Bau hangit pun dah menusuk ke rongga hidung. Kami memanjat bukit lagi. Kali ini lebih tinggi dan dalm cuca panas terik. "Nasib baik abang bawak topi Koboi ni..", ujar Abang MB seraya memperagakan topi Koboinya.. Ytc membiarkan kunci Kembara tergantung di dalam kereta. Biarlah, pencuri pun tak sanggup nak melepaskan Kembara ni dari tersepit, fikir Ytc.
Jauh kami mendaki. Kembara kelihatan sayup2. 4 ekar bukan kecik2 tanah. Sampai di atas berehat sekejap. Abang MB mencadangkan kami mencari sumber air pulak. Menapak lagi! Walaupun Ytc ingin memprotes kerana keletihan sementelahan berpuasa, tetapi hanya mengurungkan niat itu di dalam hati. Maklumlah En. Rahman yang lebih senior selamba je mendaki, taakan Ytc nak mengalah!
Setelah gagal menemui sumber air, kami pun menuruni bukit tersebut. Kali ini Abang MB pula menawarkan diri untuk melepaskan Kembara dari 'penderitaannya'. Dengan skil yang memukau Abang MB berjaya mengeluarkan Kembara 'hidup2'. Syabas Abang MB, kalau tak sah2 Ytc kena marah dengan Mrs Ytc...ahak!
Kami pun pulang. Di pertengahan jalan sempat menjolok rambutan En. Rahman yg sedang masak ranum. Dapatlah seguni sebagai mengubat lelah mendaki tadi. Sampai kat rumah Ytc tetap kena marah sebab balik lambat...ahakss!
Akibat penderaan fizikal yang dialami oleh Kembara, keesokan harinya dia buat hal tengah jalan. Brek rosak bocor dan berasap. Nasib baik ada pomen hon dan tolong repair. "Ini minyak brek tinggal sikit la abang.. Nasib baik abang sembahyang pagi ni manyak kuat. Kalau tak mungkin accident..", komen pomen India tersebut. Akibatnya RM 600 duit Ytc terbang masuk poket pomen. (Ingat nak claim sikit dengan Direktor Azam Ishak Resources- En. Ishak)
Balik rumah Ytc kena marah lagi...Huwaarrrrggghhh...
Kaklong and Family
September 09- Ytc berkunjung ke rumah Kaklong di Rinching untuk meninjau dan merakamkan aksi2 'candid' persiapan Kaklong menyambut raya..
Kaklong sedang mengira duit raya yang akan diagih2kan semasa Hari Raya kelak!
'Sebundle' duit raya peruntukan untuk tahun ini. So, jom kita serbu!!
Faris dan Fahmi tertidur keletihan kerana berpuasa..
Hanya Faisal yang masih gagah menahan kelaparan berpuasa. Auni dan Faiz pun dah terlentok..
AMD - New Blogger in town!

Ateh and Family
Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 16, 2009
The Beginner Start Action!!! ;p
Scram u.black masih stndard mendet..... hehe
Cabaran pertama The Beginner (gelaran baru u.black ;p ) berlaku pada 15.9.09, selasa petang menyaksikan pengendalian jentera bkz oleh u.black agak meyakinkan.... Namun selepas mula memasuki kawasan yg agak ekstrem beliau mula tidak tentu arah dan sedikit 'keras' apabila mendaki dan menuruni bukit dan jalan berliku..... Melayan Lap ala2 valentino rossi adalah salah satu kesilapan yang beliau sedari apabila kecundang dalam lap menaiki bukit/berliku..... Jatuh dan hampir dilanggar oleh Master trail (bolt) kerana bolt megikuti beliau dengan rapat.... Kejadian jatuh kali ke 2 juga juga di jalan agak lembap membuatkan beliau kini di rehatkan kira2 sebulan utk mendapatkan'fitness' dan semangat beliau semula.... Semasa perjalanan pulang menyaksikan beliau menunggang dgn agak perlahan mungkin kerana agak 'fobia' selepas 2 kali tergolek... walaubagaimanapun, selepas pulang berbuka di rumah ibunda, beliau telah ditenangkan dan di beri suntikan semangat semula oleh backbolt dan Abg MB, supaya tidak mudah berputus semangat.... mungkin selepas ini backbolt akan memperlahankan 'rentak' menunggang utk mengurangkan risiko the Beginner mendapat kecederaan, lebih2 lagi apabila Ytc dan Abg MB menyertai kami.... Sekian....
Yang Melaporkan,
BERNAMA
BERNAMA
What a regret !!!!
Tuesday, September 15, 2009
BKZ Motocross Uncle Black dah keluar!!!!!!!!
Kajang, 14.9.2009 Isnin - Kini u.black telah mencapai impiannya utk memiliki sebuah scrambler motocross yang agak panas di pasaran kerana kekuatan jenteranya, BKZ. Jam 8.30mlm semalam u.black telah berjaya mempergunakan skills bolt dalam membuat rundingan pembelian terhadap seorang pemilik bkz di putrajaya. Harga asal yg ditawarkan adalah sebanyak RM6,666.00 tetapi kerana kepetahan/kelincahan/kecilikan bolt, harga tersebut telah dapat di kurangkan menjadi RM4000 sahaja!!! walaupun u.black hanya memandu uji scrambler tersebut dalam jarak kira-kira 5 meter sahaja, beliau dgn confident nya terus mengeluarkan wallet bagi membuat pembayaran tanpa berfikir lama/ meneliti dengan tekun scrambler tersebut. Mungkin terlalu teruja, u.black memandu pulang tanpa memakai helmet motocross yg diterima secara percuma!!! nasib baik bolt berjaya memintas beliau utk mengingatkan tentang helmet tersebut.... Disamping itu, bolt juga akan di beri 'saguhati' oleh u.black sebanyak RM200 kerana mendapatkan kenderaan terbaik dgn harga 'terBAIK'. Walaupun bolt terpakse menunggu 'saguhati' tersebut sehingga bulan Disember 2009, bolt tetap akur dgn pendirian u.black. Apepun, Terima kasih di atas keprihatinan anda.....
Jadi kita akan saksikan kelincahan / kehebatan u.black selepas ini, samada dapat menyaingi backpacker atau tidak..... Bolt tetap no 1.... Bagi Abg MB, keputusan Drastik beliau pada malam tadi utk menukar dari memiliki Pantera kepada BKZ, amat mengejutkan. Walaubagaimanapun, kami sentiasa menyokong keputusan anda.... Kita tunggu Warta berita selepas ini!!!... Zassssssssss....

Monday, September 14, 2009
halo...halo.. radio 1 over... sapa di sana tu?... saya sesat kerana di tinggalkan 2 rakan scrambler saya... over.... (nasib baik bawak hp....hehe)
Abg MB sedang bertungkus lumus mengerahkan kudratnya dan juga kudrat kriss nya mengikut backpacker.... (backpacker melihat sambil berkata "lumpur tahap 1 ni pun dah macam xlarat jer...hihihi")
Backpacker masih menerangkan supaya abg MB mengambil Scram juga, kerana keprihatinan melihat kesusahan abg MB mengikuti kami....
Juga tidak lupa kepada naib juara di belakang Bolt, backpacker....
Semalam (ahad) kembara bersaudara sekali lagi menerjah htn belantara di semenyih (asalnya g mantin, cari air terjun tapi air terjun pun dah tercemar...) membawa seorang ahli baru, abg MB... walaupun abg MB tidak langsung dapat mengikuti backbolt, namun semangat KENTAL nya harus di puji kerana sanggup meredah lumpur dan semak walaupun di tinggalkan jauh dari backbolt.... Maafkan kami, bukan niat kami ingin bertindak kasar sedemikian, cuma moto kami tidak mengizinkan membawa perlahan ala2 "mengambil angin di rumah mak".... ujar backbolt.... apepun, kita tunggu kehadiran jentera "Pantera" abg MB utk melihat kemajuannya dalam permotoran Trail Bike ini... Apepun, tahniah di ucapkan kepada abg MB kerana berjaya!!! Kita tunggu pula kehadiran kelibat 2 orang bekas Rider Onroad utk melihat prestasi mereka, YTC dan Uncle Black!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)