Monday, January 25, 2010

Message Khas From Chairman- Kambing Jantan



Ytc dah berjaya mengimport gambar dari internet tanpa bantuan sesiapa! Gambar atas import setelah dibesarkan. Gambar bawah import secara terus. (Saja nak buat perbandingan)



Assalamualaikum

Tadi petang Ytc pergi rumah mak tengok kambing. Bapak no 1 nampak lesu, bapak no 2 ok sikit. Size hampir sama tapi yang tua lagi kurus. So, Ytc tertanya2 balik samada nak sembelih yang bapak tua atau bapak muda. Cadangan asal nak biarkan bapak tua buat benih tapi nampak lesu je macam tak bermaya lah pulak. Bapak tua ni kalau sihat bagus buat benih sebab gen kacukan dia masih banyak(kuat). Bapak muda dah banyak campur.

Masalahnya kalau sembelih bapak tua, kita cuma dapat tulang je. Lagipun kalau nak buat akikah, lebih elok sembelih kambing yang baik. Kalau nak sembelih bapak tua, maka kita makan atau kenduri biasa aja la bukan buat akikah sebab tak begitu elok buat akikah dengan binatang yang kurus.

Kalau bapak tua tak disembelih pulak, nanti takut dia mati macam tu aja rugi jugak. Mungkin juga kelesuan kambing ni disebabkan mereka tak dapat senggama. Kambing atau binatang apapun perlu betina banyak untuk salurkan naluri seks dia. Kalau kita tak provide, samalah macam menyiksa binatang

So, sila buat komen dan cadangan anda. Samada nak sembelih yang tua atau muda.

Sekian

Tuesday, January 19, 2010

Subhanallah.. Maha suci Allah.. Alhamdulillah...


Salam.. Pada 13 Januari 2010 yang lepas, kira-kira jam 6.30pm, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon oleh guru kelas Afiq. Dengan nada yang cemas, afiq diberitakan terkena serangan tarik-tarik (kejang di kaki dan tangan). Lantas kami bergegas ke sekolah tetapi mendapati Afiq telah dibawa oleh guru-guru SKLA ke klinik Sham, Sri Ramal..
Setibanya kami disana, Afiq didapati bernafas kencang bagaikan pelari 100meter. Doktor Sham sudahpun membuat surat bagi merujuk kes ke Hospital Serdang. Tetapi backpacker memutuskan untuk pergi ke Pusat Perubatan Al-Zahrah bagi membuat rawatan susulan. Disana, kami dinasihatkan oleh pihak hospital bagi membawa kes ini ke doktor pakar. Ini kerana, simpton yang ditunjukkan kemungkinan simpton bagi penyakit yang sangat serius seperti sawan dan ketumbuhan didalam otak. Pada ketika ini, kekejangan yang dialami telahpun pulih.
Jumaat 15 Januari 2010, backpacker dan cik Ida telah pergi ke Selangor Medical Centre (SMC) bagi membuat rawatan susulan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa tahap reaksi saraf dan otak Afiq. Ini dapat dilakukan dengan menjalani diagnosis yang dipanggil CT Scan (kalau tak silap lah)..

CT scan bagi pengesahan seseorang yang mempunyai sawan.


Alhamdulillah.. Keputusan yang mengembirakan. Didiagnos normal dan tiada sawan..


Mesin yang baca reaksi saraf otak.


Selepas ni perlu menjalani Magnetic Resonance Imaging (MRI) bagi melihat kemungkinan ketumbuhan.


Maka, pada hari ini, 19 Januari 2010, jam 10 pagi, Backpacker dan Cik Ida sekali lagi membawa Afiq ke SMC untuk menjalani ujian tersebut. (Maaf tiada gambar. Kamera tidak dibenarkan). Alhamdulillah, maha suci Allah, Afiq didiagnos normal dan tiada sebarang tanda ketumbuhan..


MRI imej bagi melihat dalaman anggota badan.


Kesimpulan dari semua keputusan-keputusan yang diperolehi, doktor pakar saraf di SMC mengatakan kemungkinan serangan adalah berpunca daripada pernafasan yang terlalu laju dan menyebabkan terlalu banyak karbon dioksida didalam badan dikeluarkan dan diganti dengan oksigen. Ini menyebabkan seseorang itu kelemasan oksigen dan kekejangan boleh berlaku (sama cam paksu ari tu).

Apa yang dapat ku ucapkan. Alhamdulillah.. Maha suci Allah... Ku panjatkan doa penuh kesyukuran. Insyaallah hujung minggu ni backpacker nak buat kenduri doa selamat sikit. Kecil-kecil je, just panggil mak ayah dan adik beradik.. Sempena kesihatan yang dianugerahkan pada kita semua dan hari lahir Afiq -18 Jan 2010 dan Haziq -23 Jan 2010 (yang lain2 kalau nak join pun boleh). Insyaallah akan dibuat di banglo PD pada hari Sabtu, 23 Jan 2010 jam 2 petang. Harap semua dapat hadir...

Bersantai di Bagan Lalang!!!

Jumaat, 15/1/2010 genaplah Aina 3 tahun.... Secara tidak sengaja kami meraikan hari lahirnya di Bagan Lalang... (Asalnya saje nak berjalan dgn member dtg dr kedah)

Nasib baik ada kedai kek sebelum sampai di bagan lalang... Aina seronok lah.....

Cantik x?? Tapi x leh lawan cik ida kesedapannya... cik ida lagi sedap...yum..yum...

Pinggan x bawak, guna kotak kek jer buat pinggan....huhu

3 keluarga datang termasuk family bolt...

Nak mandi x leh, air agak kotor... (mmg x plan mandi pun...)


Pose dari Aina yg Gembira...

Iffat juga tumpang gembira sambil menari-nari....

Sebelum malam, bolt layan mancing dulu.....

Ni kat Jeti nelayan (x jauh dari situ)

Tumpang bot nelayan buat port mancing....

Tgk!! ada hasil tu..... (adik beradik baung... seluang kot nama dia...)

Ikan dilepaskan semula kerana saje2 jer layan...

Ini lah aktiviti sebenar yg ditunggu2.... Makan malam di Bagan Lalang....

Lepak kedai sebelah pantai.... syok jgk.... angin sepoi2....

Keluarga bolt....

Ni plak makanan baru sampai.....

Lauk x banyak... ikan bakar sekor, udang masak tepung, sotong masak sambal, tom yam campur dan sayur kailan jer.....

Selalu siakap/kerapu, ni lak try ikan GEGERUT.... Sedap macam siakap jgk.... harga pun murah skit....


Tgk!! Licin beb... hehehe... Hopefully lepas ni kita leh arrange dgn family kita, bawak mak ayah sekali makan2.... terutama sapa yang masyuk tu...ehem2... (black & makcik cun)

Monday, January 11, 2010

New Players on The Block!

27 Dec 2009 menyaksikan ramai kemunculan bakat2 baru yang dicungkil melalui program sukan Badminton Taahas. Saksikan aksi2 menarik mereka.

Untuk Ahad akan datang, perlawanan sukan akan berjalan seperti biasa iaitu pada waktu pagi. Harap maklum. Ytc harap ramai yang akan hadir dan memberi sokongan serta enjoy sukan ini kerana ini untuk kebaikan anda juga. Lagipun aktiviti ini adalah percuma, cuma kena keluar duit minyak sahaja..



Insyirah menunggu depan jaring. Siaplah kalau bola tanggung!



Nazirah tersenyum lebar dapat memetik smash Insyirah..



Nurin jadi linesgirl..



Mak Teh pun ok beraksi, sedang tunggu pukulan Maklang..



Ina dan Aisyah berehat sekejap..



Firdaus pun ingin mencuba..



Insyirah to serve..


..and her partner Maklang yang kembali beraksi selepas 20 tahun bersara..

Naufal serve..

Yang ni bakat lama yang digilap kembali (mentang2 lawan Naufal, senyum je)..

Sunday, January 10, 2010

Azam Ishak Resources Part 4- New Development Project?

Ada yang bertanya tentang projek Azam Ishak Resources(AIR). Kenapa senyap jer? Sebenarnya ada aktiviti yang dilaksana tapi tidak berapa rancak sebab kekangan masa dan tenaga (sebenornya takde duit).

Pada cuti Tahun Baru baru2 ini, Ytc, Abang MB dan Black sempat menjengok situasi terkini di tanah Senaling untuk memantau aktiviti2 pembangunan di sana. Kami ingin menilai keadaan sebelum memutuskan samaada ingin menjual tanah tersebut, bangunkan atau simpan aja.



Black yang di bawa untuk memandu tapi tido besar-besaran.. Kami bertolak sepatutnya pukul 11.30, tapi tunggu Black dekat pukul 1.00 baru sampai lepas tu baru nak beli kasut.. Black macam tak bersalah je datang lambat langsung tak sms..


Baru sampai. Jalan raya memang sudah ada, cuma jalan masuk yang masih tanah merah tetapi sudah banyak jalan2 yang dibuat oleh lori atas tanah2 bersebelahan..



Tanah ini atas bukit, jadi untuk memasukinya kena panjat bukit dulu melalui sederet tanah orang lain dulu sebab tanah AIR adalah di baris kedua. Alternatif lain adalah melalui lorong yang di buat oleh lori dengan memandu 4X4..



Abang MB baru balik kerja terus membawa kami ke lokasi. Jalan lengang kerana ini bukan jalan utama. Apa pun bukan jalan mati sebab boleh tembus ke Bahau..



Tanah bukit yang subur. Sesuai untuk tanam deroyan. Kami nak tolak dan tanam 50 batang deroyan cuma tak tahu lagi nak tanam untuk diri sendiri atau untuk anak-cucu. Mungkin kombinasi. GPS tak bawa pulak, so nanti kena bawa Backpacker untuk gunakan skil beliau menanda sempadan.. "Kalau nak senang kita tandakan tengah2 je lepas tu kita mula dari situ ", cadang Abang MB. " Lepas tu kita datanglah tiap2 minggu bawa gergaji mesin bersihkan tanah", tambahnya lagi. "Rasa2nya elok kita panggil jentolak jelah bang", balas Ytc pulak..



Hujan lebat sewaktu mendaki bukit Senaling. Motor Abang MB mula-mula lepas, tapi lepas tu sangkut kat becak. Abang MB cuba menarik motor keluar tapi gagal sampai patah skru besi alas kotak..



Black tolong barulah dapat keluar. (Barulah terasa untung bawak Black). Ytc tolong ambik gambar..



Abang MB balik kerja belum sempat makan tengahari so kelaparan. Lepas tengok tanah singgah di kedai makan tepi jalan. Dapat roti pun jadilah... Berkenalan dengan Pakcik Husin Akar Kayu dan rakan-rakan (Bukan berkenalan dengan awek ye..). Kami bertanya tentak projek pembangunan. Rupa-rupanya projek dijalankan oleh orang perseorangan bukannya kompeni atau gomen..
Kami bersembang dengan Pakcik Husin Akar Kayu. Pakcin Husin Akar Kayu dah berusia lanjut mungkin dah 70an tapi badan cantik ketul2. Perut pun boroi sikit je tak macam Abang MB. "Pakcik dah 17 kali jumpa rimau kat sini..", ujar beliau. "Kawan saya pun jumpa Ular Sawa tinggi ni!!..", tambah Abang MB seraya menunujukkan pehanya. Masa perjalanan pulang Black tanya Ytc.."Ada ke Ular Sawa besar tu?. Ytc jawab memang ada ular sawa besar tapi tak tahulah kalau tinggi lutut dah berapa kaki lak panjang tu. Abang MB exaggerate kot hehe..



Satu panorama indah di Senaling, Kuala Pilah. Agak2 hendak ke Mrs MB/ Mrs Ytc/ Mrs Black tinggal kat sini? "Boleh tu boleh, tapi takut kena g Seremban shopping tiap2 hari, jenuh!", jawab Abang MB..



Kampung yang berbukit-bukit dan suasana nyaman. Tak dengar bunyi apa2 bila nak masuk senja kecuali bunyi cengkerik. Penduduk pun ramah..
Balik kami singgah kat Branang makan sup tulang dulu kat restoran favourite Abang MB. Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam, Ytc tak sempat hantar kembara cuci-cuci. Last2 parking kat bawah tu, sembur dengan pili bomba je (cover-up sikit)..