Sunday, July 18, 2010
Projek Cili- Ahad 18 July 2010
Friday, July 16, 2010
Projek Cili

Assalamualaikum
Di sebabkan ketandusan idea, Ytc bercerita tentang projek cili ajalah. Semoga dapat menyemarakkan semangat peserta2 projek di samping mengekalkan kemeriahan blog ini. Abang MB kata Ytc tak banyak kerja, so bolehlah tulis blog. Sebenarnya semua orang pun boleh tulis blog asalkan sanggup menggunakan sedikit masa. Sebenarnya untuk menulis artikel ringkas hanya perlukan beberapa minit sahaja kalau dah biasa.
Untuk makluman semua, projek 'kerahan tenaga' cili ni akan berjalan setiap ahad 8-11 pagi 'without fail'! Takde cuti, melainkan Hari raya je, kalau jatuh hari Ahad. Tahun ni tak jatuh hari Ahad, so takdelah cuti yek..
Sapa2 yang lambat akan dikenakan denda RM 5 untuk setiap jam. Maknanya, maksimum denda RM 15 sehari. Walaupun begitu, kita menggalakkan semua orang hadir ambil bahagian. Bukan bermaksud, jika sanggup bayar denda maka boleh sewenang2nya tak datang. Jika tak datang mesti ada sebab. Abang MB mahu agar projek ini berjalan dengan lancar dan beliau menegaskan disiplin seperti askar amat diperlukan untuk menjayakan projek ini. Sebab itulah Abang MB dilantik sebagai Ketua projek supaya beliau boleh menerapkan unsur2 disiplin askar ini kepada ahli2 semua..
Di samping itu, duit koleksi (termasuk denda) boleh kita gunakan untuk beli peralatan seperti cangkul dll. Sekarang cangkul ada satu, itupun ayah punya. Orangnya ada lima, terpaksa lak bergilir nak menyangkul. Borak je lebih, maka kerja pun kurang berjalan. Ayah dah cangkul 10 kaki, kita 5 orang baru cangkul sekelumit..
Backpacker ada cadangkan supaya guna mesin apa ke nama Back Ho (betul ke ejaan ni?). Anggaran RM 400, sekelip mata je terang. Rasanya modal tu mungkin boleh dikutip tapi takut nanti ada lak orang kampung jaki..So buat masa ni kita guna tulang empat kerat je dulu, dapat gak keluar peluh sikit2..
Wassalam..
Speech By Robert Kiyosaki..
Thursday, July 15, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Projek Cili- Part2

Tuesday, July 13, 2010
Spain Champion- Abang MB Gigit Jari!
Monday, July 12, 2010
Kick Off Chilly Project!


Friday, June 25, 2010
Penyata Perubatan Ibu..
Wednesday, June 23, 2010
Komposer bawa teksi..
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
LUAS... Teksi mewah milik Nan Dengkil menjanjikan keselesaan kepada penumpang. |
SUATU ketika dahulu, populariti lagu Biar Betul nyanyian kumpulan Akar pernah melonjakkan nama kumpulan rock itu di awal kemunculan mereka pada era 1990-an.
Kemasyhuran yang diperoleh kumpulan tersebut hasil daripada populariti lagu itu membuatkan komposernya, Nan Dengkil menggubah dua buah lagu lagi yang merupakan kesinambungan kepada lagu berkenaan iaitu Baru Betul dan Memang Betul.
Kejayaan lagu-lagu ciptaan Nan Dengkil itu membuatkan komposer dan penulis lirik itu tidak menangtangan untuk terus berkarya bagi menghasilkan bait-bait lagu yang mampu menarik minat pendengar. Ia termasuk lagu kumpulan Ways iaitu Keranamu Suhaila dan Abang Zaidi.
Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Begitulah kehidupan yang diharungi Nan Dengkil kebelakangan ini apabila khidmatnya mula dipinggirkan.
Ketika ditemui baru-baru ini, Nan Dengkil atau mesra dengan sapaan Nan meluah segalanya yang terbuku di hatinya selama ini.
"Saya akui yang saya memang merajuk dengan industri muzik tanah air ketika itu.
"Selepas kejayaan lagu nyanyian Akar dan Ways, lagu-lagu saya yang dihasilkan selepas itu tidak lagi mendapat tempat di corong-corong radio terutamanya radio swasta," jelas Nan menceritakan punca dia meninggalkan bidang penciptaan lagu sejak lima tahun lalu.
Menurut Nan, dia tidak menyalahkan pihak radio kerana itu adalah adat orang berniaga.
"Mungkin lagu saya tidak lagi boleh dijual ketika itu yang menyebabkan ia tidak disiarkan.
"Saya reda dan menganggap mungkin bukan rezeki saya," katanya.
Kemudian, dia membawa diri ke kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru dengan menjalankan perniagaan.
"Saya mula berniaga secara kecil-kecilan tetapi kurang menjadi. Tidak lama selepas itu saya menderita penyakit kencing manis.
"Pernah satu ketika, penyakit saya berada pada tahap kritikal. Alhamdulillah, atas berkat doa ahli keluarga dan rakan-rakan, saya semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya," jelas Nan berkongsi kisah dukanya.
Usahawan teksi online
Ujian demi ujian yang ditempuhi, sedikit sebanyak ia memberi kekuatan kepada Nan atau nama sebenarnya, Adnan Dollah, 40.
Nan bertekad untuk bangkit daripada kegagalannya demi mencari sesuap nasi khusus untuk menyara isteri dan anak-anaknya.
Setelah keadaan tubuhnya kembali sihat seperti sedia kala, Nan memohon pinjaman peribadi daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) .
Hasil wang simpanannya dan wang pinjaman yang diluluskan, Nan membeli sebuah kereta Proton Iswara sebagai modal untuk memulakan karier sebagai pemandu teksi.
Ekoran kemajuan teknologi komunikasi dan informasi yang tiada sempadan, Nan menjadikan laman sosial Facebook untuk mendapatkan penumpang selain kaedah biasa yang diamalkan oleh pemandu teksi lain.
"Sekarang ini saya amat bersyukur kerana Facebook mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada saya dan seisi keluarga.
"Bermula daripada sebuah teksi, sekarang saya sudah miliki tiga buah teksi," kata Nan memulakan kisah perjalanan hidupnya yang kembali dilimpahi rezeki.
Menurut Nan, teksi Iswara yang dibelinya dahulu telah dijual dan diganti dengan Proton Waja, Proton Perdana dan sebuah teksi mewah, Naza Ria.
Atas kurniaan rezeki yang semakin bertambah, isteri kesayangan Nan, Musalmah Mustapha turut menyumbang keringat sebagai pemandu teksi.
Tambah Nan, melalui Facebook, pelanggan bukan sahaja boleh menempah pemandu dari senarai gambar yang terdapat dalam laman sosial itu bahkan mereka juga boleh memilih jenis teksi yang dikehendaki.
"Saya jalankan perniagaan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan yang lain juga," katanya.
Antara jenis teksi yang disediakan ialah teksi biasa, teksi eksekutif dan juga khidmat teksi mewah untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan teksi yang disediakan Nan Dengkil, mereka bolehlah membuat tempahan dengan melayari laman tersebut menerusi akaun bernama Musalmah Adnan atau e-mel rakan_executive@yahoo.com.
Friday, June 4, 2010
KL Craft Centre
Hari ni ambil cuti. Bawa Insyirah cabut 2 batang gigi depan kat Hospital Serdang. Alhamdulillah dah selamat..
Gambar2 ni diambil masa pergi ke KL Craft Centre, Jalan Conlay 22 May baru ni. Saja nak tahu apa yang ada kat sana. Tapi barang2 craft mahal2 especially barangan pewter. Kalau banyak duit oklah..







