Sunday, October 30, 2011
Sunday, October 23, 2011
Once Upon A Time..
Assalamualaikum
Zaman dulu ada 3 biskut yang paling popular kat rumah mak:

1. Biskut lemak. Walaupun biskut ni murah je, tapi tetap barang mewah bagi kita adik-beradik. Kekadang berminggu takde, bila mak beli sekati, duduk mengadap makan benda ni je. Macam makan nasi. Mak budget tahan 3 hari, beli pagi petang dah habis..Kalau tetamu datang, biskut ni jugaklah yang keluar. Lepas kita pun tumpang sekaki makan. Mak pun naik angin. Bak kata ayah.."disitu orang nak makan, disitu dia makan". Ada variasi biskut ni dengan gula ditabur atasnye. Itu lagi power! Tapi mak jarang beli sebab mahal sikit..

2. Sapa tak kenal biskut Marie! Biskut ni lagi jarang-jarang beli. Reserve untuk Backpacker dengan Black. Ytc dapatlah sekeping...itupun lepas ngendeng-ngendeng. Mak cakap.."ini biskut untuk adik ngko.."

3. Biskut butang. Baru hari ni Ytc tahu nama biskut ni. Ingatkan biskut cincin tapi cari kat internet tak jumpa lepas tu wife bagitahu.."biskut butang...". Ini lagi 'kadang-kadang' (style P. Ramlee ye..) mak beli. Beli pun satu plastik kecik je, dapatlah sorang 3 butir. Rasa sedap semacam dapat makan butang dia yang manis tuh. Tapi sekarang ni bia pikir2 balik...apalah sangat yang nak heran gula je atas tu...tapi dulu masa budak2, gula tulah yang rasa syok sangattt!

Wassalam..
Thursday, October 20, 2011
Once Upon a Time

Assalamualaikum
Kesah 1. - Tahun :1978. Tempat: Sg Ramal
Masa nak pergi mengaji, budak2 termasuk Ytc dan Abang MB akan pecahkan pasu getah orang. Kebun tu tak tahu siapa punya, tapi ada seorang perempuan cina tua toreh. Kami akan ambil kayu panjang dan berlagak macam Samurai.."Hiyah, hiyah!", dan susu getah pun terburai. Bukan susu aja, pasu pun pecah2. Masa tu rasa hebat kalau dengan hanya satu pukulan terus kena dan pecah. Kadang2 ada sorang pakcik sergah kami dari sebelah pagar dia. Kami pun apa lagi, cabut larilah!
Kesah 2. Tahun 1976-1982. Tempat: Sg Ramal
Sampai kat sekolah ugama, main biji getah pulak. Ramai budak2 zaman sekarang tak tahu apa benda atas ni. Tak pernah tengok pun. tapi inilah mainan kami dulu. caranya- amik satu biji yang power, lepas tu taruk atas lawan punya biji getah, lepas tu kepit dan ketuk dengan tangan. kalau biji getah lawan yang kat bawah tu pecah, kira kita menanglah. Lepas tu, lawan pulak amik turn. Biasanya kalau biji getah kecik..memang power. kekadang sakit2 tangan dibuatnya nak meletupkan biji ni..

Kesah 3: Tahun 2015. Tempat: Beranda Rumah, Sekitar Negeri Sembilan.
Abang MB tersenyum lebar. Segala jerih -penatnya berbaloi. Matanya merenung dalam-dalam kebun getah dara yang baru belajar menyusu. 'Tak sia-sia aku tanam engkau'; tiba-tiba terpacul ayat ringkas tu dari mulut abang MB yang penuh dengan ubi rebus sambil tangannya yang sasa mencapai seketul lagi ubi yang masih hangat lantas dicecah dengan sambal bilis yang memang jadi kegemaran. Siap dengan kopi O pekat yang berasap nipis.." Tambah air lagi bang...", sapa Makngah Muda sambil menjeling manja pada Abang MB. Abang MB hanya mendiam diri. Matanya terpaku pada getah dara yang meliuk-liuk di tiup angin. Sungguh indah. Macam anak dara juga, getusnya. Kehadiran Makngah Muda menambah ceria. Tapi getah dara juga yang berjasa. Sebab getah daralah, hidup Abang MB berubah. Kerana getah daralah..Makngah Muda berada di situ.
Abang MB meraba-raba poketnya. Lagaknya seolah mencari rokok. Cukup 'package'. Segumpal kertas kasar terjojol keluar. Hasil jualan belum sempat simpan dalam Bank. Ada 3000. Jualan pagi tadi. Lepas 5 hari menoreh. Mana taknya, susu dara membuak-buak. Macam takde besok. Lambat sikit je tuang dalam tong, susu dara melimpah.
Abang MB capai rokok. Api dinyala. Menyedut dalam-dalam. "Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya pendek sambil menghembus asap rokok. Berkepul2. Makngah Muda hanya memandang, menunggu kata-kata Abang MB. " Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya lagi seolah-olah kata yang pertama tadi sudah hilang di bawa asap rokok. "Buat apa bang?", tanya Makngah Muda lembut sambil membetulkan tudung litupnya. Memang manis. Maklumlah baru 18 tahun. "Abang nak tengok lembu-lembu yang abang order tu..". "Berapa ekor bang?", tanya Makngah Muda. "Buat mula ni taklah banyak. 200 ekor je..", sambung Abang MB
Pst- Ini cerita rekaan aja. Tapi memang ada kena- mengena dengan orang hidup, malah memang nak mengena..
Nota kaki- Cara paling cepat cari gambar Abang MB- pergi ke google, taip abang MB, gambar dia paling atas sekali. Cayalah!
Wassalam
RESCUE PACKAGE SOUGHT!

Assalamualaikum
So far only Abang MB remit 180. The rest are yet to remit. Since this are urgent matters, please bank in to : Abdul Aziz Bin Abdul Shukor, MBB acc 1624 1403 3084. The amount are as follows:
Car account:
Abang MB = 60
Black - 240-100= 140
Backpacker= 240
Bolt = 100
Saiful = 240
Sg Merab House account: (to pay for electricity and water deposit)
Each one = 90
Thank you
Yours truly needy..
Sunday, October 16, 2011
Once Upon a Time
Assalamualaikum..
Baru ni ternampak gambar chopper so teringat 3 kesah untuk dikongsi:

Kesah1:
Inilah rupa Chopper yang sangat popular satu masa dahulu. Bila ayah bawak balik je, wahhh...kitorang semua excited gila lepas tu henyak Chopper sampai patah. Habis tu, yang naik sampai 3,4 orang. Abang MB selalu 'conquer'. Dia akan duduk di kerusi yang empuk tu dan jaga kemudi. Lepas tu dia suruh Ytc kayuh (sambil berdiri). Kalau duduk kaki Ytc tak sampai nak kayuh. Bila Ytc tanya kenapa asyik Ytc je kena kayuh? Abang MB jawab.."Ini nak jaga hendel lagi susah!". Ytc mati2 percaya sebab masa tu Ytc tak pandai bawa basikal sendiri..

Kesah 2:
Satu hari Abang MB ikat basikal kecik macam kat bawah sambung dengan Chopper. Basikal kecik tu pakai tayar getah tapi getah dia dah tercabut, tinggal besi je. So bunyi bising sangat. Bawak kat jalan raya di tarik oleh chopper. Kemudian Abang MB berlumba dengan kawan dia. Ytc duduk kat basikal kecik. Sampai kat selekoh, tayar basikal kecik terangkat sebelah. Ytc berhempas pulas mengemudi basikal kecik. Memang cemas. Tapi Abang MB tak tahu pun. Dia terus memecut chopper dengan bernafsu sekali! Masa tu 'neck to neck' dengan kawan dia. Lepas tu basikal kecik terbalik! Ytc menjerit suruh Abang MB berhenti. Tapi Abang MB tak dengar! Makin laju kayuhan. Agaknya dia rasa berat- siap kayuh sambil berdiri. Masa tu habis dah tersagat kaki2, siku Ytc berdarah-darah. Lamanya tersiksa dalam 10-20 saat. Lepas tu lepas selekoh nasib baik ada kawan lain berdiri tepi jalan nampak tragedi tu. Terus dia jerit.." Man! adik ko Man!" Abang MB pun berenti. Terselamatlah Ytc dari kecederaan yang lebih serius!

Kesah 3:
Bila dah sekolah menengah Ytc boleh dah bawak basikal besar. Pergi Kajang naik basikal! Kalau mak tahu sure kena marah..Turun bukit Sungai Chua laju je... tak brek langsung..padahal jalan kecik dan banyak kereta pulak tu..Satu hari masa turun bukit, seekor anjing melintas. Ytc tak brek pun dan sengaja taknak brek. Ingatkan, anjing tu akan tercampak- lantaklah padan muka nanjing tu pikir Ytc. Tapi Ytc silap. Anjing tak tercampak, malah kaki dia empat2 masuk dalam rim basikal. Apa lagi menyungkurlah Ytc! Nasib baik tak kena langgar kereta. Keluar tahi hijau. Ytc ingat anjing tu dah mampus. Cina ramai datang. Ytc dah cemas. Nasib baik diorang tak marah tapi tolong Ytc lepaskan anjing tu.. Balik kaki luka2.. lepas tu kena samak basikal pulak..
Ytc

Tuesday, October 11, 2011
Air Terjun Kemensah 8-9.10.11
Subscribe to:
Posts (Atom)