Thursday, October 20, 2011

Once Upon a Time



Assalamualaikum

Kesah 1. - Tahun :1978. Tempat: Sg Ramal

Masa nak pergi mengaji, budak2 termasuk Ytc dan Abang MB akan pecahkan pasu getah orang. Kebun tu tak tahu siapa punya, tapi ada seorang perempuan cina tua toreh. Kami akan ambil kayu panjang dan berlagak macam Samurai.."Hiyah, hiyah!", dan susu getah pun terburai. Bukan susu aja, pasu pun pecah2. Masa tu rasa hebat kalau dengan hanya satu pukulan terus kena dan pecah. Kadang2 ada sorang pakcik sergah kami dari sebelah pagar dia. Kami pun apa lagi, cabut larilah!



Kesah 2. Tahun 1976-1982. Tempat: Sg Ramal

Sampai kat sekolah ugama, main biji getah pulak. Ramai budak2 zaman sekarang tak tahu apa benda atas ni. Tak pernah tengok pun. tapi inilah mainan kami dulu. caranya- amik satu biji yang power, lepas tu taruk atas lawan punya biji getah, lepas tu kepit dan ketuk dengan tangan. kalau biji getah lawan yang kat bawah tu pecah, kira kita menanglah. Lepas tu, lawan pulak amik turn. Biasanya kalau biji getah kecik..memang power. kekadang sakit2 tangan dibuatnya nak meletupkan biji ni..



Kesah 3: Tahun 2015. Tempat: Beranda Rumah, Sekitar Negeri Sembilan.

Abang MB tersenyum lebar. Segala jerih -penatnya berbaloi. Matanya merenung dalam-dalam kebun getah dara yang baru belajar menyusu. 'Tak sia-sia aku tanam engkau'; tiba-tiba terpacul ayat ringkas tu dari mulut abang MB yang penuh dengan ubi rebus sambil tangannya yang sasa mencapai seketul lagi ubi yang masih hangat lantas dicecah dengan sambal bilis yang memang jadi kegemaran. Siap dengan kopi O pekat yang berasap nipis.." Tambah air lagi bang...", sapa Makngah Muda sambil menjeling manja pada Abang MB. Abang MB hanya mendiam diri. Matanya terpaku pada getah dara yang meliuk-liuk di tiup angin. Sungguh indah. Macam anak dara juga, getusnya. Kehadiran Makngah Muda menambah ceria. Tapi getah dara juga yang berjasa. Sebab getah daralah, hidup Abang MB berubah. Kerana getah daralah..Makngah Muda berada di situ.

Abang MB meraba-raba poketnya. Lagaknya seolah mencari rokok. Cukup 'package'. Segumpal kertas kasar terjojol keluar. Hasil jualan belum sempat simpan dalam Bank. Ada 3000. Jualan pagi tadi. Lepas 5 hari menoreh. Mana taknya, susu dara membuak-buak. Macam takde besok. Lambat sikit je tuang dalam tong, susu dara melimpah.

Abang MB capai rokok. Api dinyala. Menyedut dalam-dalam. "Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya pendek sambil menghembus asap rokok. Berkepul2. Makngah Muda hanya memandang, menunggu kata-kata Abang MB. " Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya lagi seolah-olah kata yang pertama tadi sudah hilang di bawa asap rokok. "Buat apa bang?", tanya Makngah Muda lembut sambil membetulkan tudung litupnya. Memang manis. Maklumlah baru 18 tahun. "Abang nak tengok lembu-lembu yang abang order tu..". "Berapa ekor bang?", tanya Makngah Muda. "Buat mula ni taklah banyak. 200 ekor je..", sambung Abang MB

Pst- Ini cerita rekaan aja. Tapi memang ada kena- mengena dengan orang hidup, malah memang nak mengena..

Nota kaki- Cara paling cepat cari gambar Abang MB- pergi ke google, taip abang MB, gambar dia paling atas sekali. Cayalah!

Wassalam

RESCUE PACKAGE SOUGHT!




Assalamualaikum

So far only Abang MB remit 180. The rest are yet to remit. Since this are urgent matters, please bank in to : Abdul Aziz Bin Abdul Shukor, MBB acc 1624 1403 3084. The amount are as follows:

Car account:

Abang MB = 60
Black - 240-100= 140
Backpacker= 240
Bolt = 100
Saiful = 240

Sg Merab House account: (to pay for electricity and water deposit)

Each one = 90

Thank you

Yours truly needy..

Sunday, October 16, 2011

Once Upon a Time

Assalamualaikum..


Baru ni ternampak gambar chopper so teringat 3 kesah untuk dikongsi:



Kesah1:


Inilah rupa Chopper yang sangat popular satu masa dahulu. Bila ayah bawak balik je, wahhh...kitorang semua excited gila lepas tu henyak Chopper sampai patah. Habis tu, yang naik sampai 3,4 orang. Abang MB selalu 'conquer'. Dia akan duduk di kerusi yang empuk tu dan jaga kemudi. Lepas tu dia suruh Ytc kayuh (sambil berdiri). Kalau duduk kaki Ytc tak sampai nak kayuh. Bila Ytc tanya kenapa asyik Ytc je kena kayuh? Abang MB jawab.."Ini nak jaga hendel lagi susah!". Ytc mati2 percaya sebab masa tu Ytc tak pandai bawa basikal sendiri..




Kesah 2:


Satu hari Abang MB ikat basikal kecik macam kat bawah sambung dengan Chopper. Basikal kecik tu pakai tayar getah tapi getah dia dah tercabut, tinggal besi je. So bunyi bising sangat. Bawak kat jalan raya di tarik oleh chopper. Kemudian Abang MB berlumba dengan kawan dia. Ytc duduk kat basikal kecik. Sampai kat selekoh, tayar basikal kecik terangkat sebelah. Ytc berhempas pulas mengemudi basikal kecik. Memang cemas. Tapi Abang MB tak tahu pun. Dia terus memecut chopper dengan bernafsu sekali! Masa tu 'neck to neck' dengan kawan dia. Lepas tu basikal kecik terbalik! Ytc menjerit suruh Abang MB berhenti. Tapi Abang MB tak dengar! Makin laju kayuhan. Agaknya dia rasa berat- siap kayuh sambil berdiri. Masa tu habis dah tersagat kaki2, siku Ytc berdarah-darah. Lamanya tersiksa dalam 10-20 saat. Lepas tu lepas selekoh nasib baik ada kawan lain berdiri tepi jalan nampak tragedi tu. Terus dia jerit.." Man! adik ko Man!" Abang MB pun berenti. Terselamatlah Ytc dari kecederaan yang lebih serius!




Kesah 3:

Bila dah sekolah menengah Ytc boleh dah bawak basikal besar. Pergi Kajang naik basikal! Kalau mak tahu sure kena marah..Turun bukit Sungai Chua laju je... tak brek langsung..padahal jalan kecik dan banyak kereta pulak tu..Satu hari masa turun bukit, seekor anjing melintas. Ytc tak brek pun dan sengaja taknak brek. Ingatkan, anjing tu akan tercampak- lantaklah padan muka nanjing tu pikir Ytc. Tapi Ytc silap. Anjing tak tercampak, malah kaki dia empat2 masuk dalam rim basikal. Apa lagi menyungkurlah Ytc! Nasib baik tak kena langgar kereta. Keluar tahi hijau. Ytc ingat anjing tu dah mampus. Cina ramai datang. Ytc dah cemas. Nasib baik diorang tak marah tapi tolong Ytc lepaskan anjing tu.. Balik kaki luka2.. lepas tu kena samak basikal pulak..

Ytc

Tuesday, October 11, 2011

Air Terjun Kemensah 8-9.10.11

Kolam yang mempunyai air dari Bukit... x sejuk. air suam.... 2-3 pagi pun ada org mandi manda lagi (geng kak midah)

ni malam nak masak ringan2...

keesokan pagi. anak2 abg isa dah terjun awal2 pagi... air kolam suam2 kuku, xde hal...


Mengajar adam berenang sambil menjadi kuda Iffat...


Budak2 mandi lame2 pun x sejuk2...


ajk makanan... sediakan sarapan...

kelaparan....


suami kak midah melayan anak2...


haziq n akid rileks je x pakai pelampung....


viji n umaira


amirul seronok...

kolam ni mmg best, ssh nak jmpe kolam air x sejuk lagi2 area sungai...


ni kolam yg lain punca air bukit jgk, khas utk kanak2 sahaja....


Sungai bersebelahan xda org mandi sbb SEJUK~!!!!

Ni kolam utk dewasa... air lagi suam, n dalam had leher...


makcik cun bsama anak bongsu kak midah...




adam mandi dekat sejam!!!


dah puas mandi, sediakan makanan utk anak2 plk...


makcik cun x puas2 mandi!!!



Get ready back to home...

buat2 kemas...


Org kata ada iras... ye ker?

ni pun sama ada iras? makin bsr dah kurang sama....



Next time mungkin bole dtg lagi!!!! bye!!!

Tuesday, September 27, 2011

selamat hari raya 2011

kurang bahan nak post...
sepupu

Thursday, September 15, 2011

Route yang dicadangkan.

Route 1 - 237 km. Exit Seremban.
Estimate Time Travel: 3 jam 50 min


Route 2 - 242km. Exit Tampin / Alor Gajah.
Estimate time travel:3 jam 32 min


Route 3 - 259km. Exit Yong Peng.
Estimate time travel: 3 jam 15 min





Tuesday, September 13, 2011

Jadual Barang Keperluan dan Person In Charge.

Barang Konvoi
1 Tiub: Abg MB
2 Spare Plug: Abg MB
3 Pam (Jenis Pijak): Black
4 Mentol Depan / Belakang: Abg MB
5 Spanar 10-19: Black
6 Spanar Bukak Tayar: Black
7 Screw Driver: Backpacker
8 Playar: Black
9 Rantai: Abg MB
10 Spare Petrol 5 liter: Abg MB / Black
11 1st Aid Kit: Abg MB

Barang Camping
1 Dapur Besar: Abg MB
2 Dapur Kecil: Backpacker
3 Fuel Can: Backpacker
4 Fuel Tong: Backpacker
5 Jaring saiz sedang: Bolt
6 Sleeping Mat: Masing2
7 Tali (utk tarik motor): Backpacker
8 Tali Rapia: Bolt
9 Beras - 3kg: YTC
10 Flyer: Backpacker
11 Baju Hujan: Masing2
12 Khemah: Abg MB / Backpacker
13 Insect repellent: Abg MB
14 Belerang: Abg MB
15 Compas: Abg MB
16 GPS: Backpacker
17 Ration: Backpacker
18 Minyak Masak: Backpacker
19 Rempah ratus: Backpacker
20 Bekas Air (100 plus): Masing2
21 Jaring simpanan tangkapan: Bolt
22 Pancing: Bolt
23 Parang: Masing2
24 Getah jaring ikat barang: Black
25 Getah ikat barang: Black
26 Tikar: YTC
27 Sejadah: Masing2
28 Pinggan plastik: Masing2
29 Cawan: Masing2
30 Sudu Garpu: Backpacker
31 Kuali kecil: Backpacker
32 Periuk kecil: Backpacker
33 Cerek kecil: Backpacker
34 Sudip / Senduk: Backpacker

Tuesday, September 6, 2011

Raya Candid 2011...

1 syawal, bergambar di rumah dahulu seisi keluarga....

ni gmbr konon2 dlm studio la...hehe

Beraya bersama mak dipagi 1 syawal....

Aina mmg sedih bab2 mintak maaf ni... macam byk salah jer...hehe


Layan pop2 lepas bersalam-salaman....

Beraya dgn keluarga mertua...

layan mercun lagi...

Spiderman Syawal....

kat rmh sedara di rembau...



Keluarga kak long meriah...






aksi safiya yg menggoda...

iffat skema jer...



'Dush'... safiya melepaskan tumbukan ke atas iffat yg menganggunya...

Iffat membalas dendam...


di rumah abg md noh...