Wednesday, November 9, 2011

Fokus Perlawanan: Aizat v Bolt (David v Goliath)



Assalamualaikum

Apakah Bolt akan menjadi mangsa Aizat seterusnya? Atau Bolt dapat menjinakkan D'apprentice? Setelah merenung dalam2 kekuatan dan kelemahan masing-masing, ini adalah analisis pra-perlawanan dari Ytc..



The lightning Bolt- memang berpengalaman dalam sukan Badminton.
Stength: Ada gaya..




Aizat- Bukan muka baru. Telah banyak menyertai pertandingan..
Weakness: Belum pandai bergaya. Baju pun masih perlu dibetulkan..






Bolt: pernah mendapat naib johan single kejohanan yang dianjurkan oleh Taahas. Di sebelah kiri sekali adalah backpacker yang sempat bergaya dengan medal2 pinjam..





Aizat- pernah ke suku akhir beregu bawah 12 tahun walaupun beliau baru berusia 10 tahun..




Bolt- Weakness: kurang stamina dan mudah nervous kalau ketinggalan..

Keterangan gambar: Bolt tersenyum lebar bila mengetahui lawannya adalah Aizat (masih over-confidence)




Aizat: Strength - kuat stamina (maklumlah budak..)



Bolt: Permainan streotype dan mudah dibaca..tapi mampu bertahan




Aizat- Pukulan ke base line kuat dan pelbagai rentak tapi tiada smash kencang..

Secara keseluruhannya Ytc ramalkan Bolt akan memenangi perlawanan ini dengan agak sengit. Walaupun Aizat banyak peningkatan, tapi ketinggian yang kurang menyukarkan beliau mengangkat bola baseline dan jaring yang dipukul berselang-seli..Bolt pula sempat mengintai permainan dan kelemahan Aizat sewaktu perlawanan Aizat v Ytc tempohari. Aizat masih ada peluang kalau berjaya mengikat Bolt di set kedua yg membawa perlawanan ke rubber set. Bolt yang keletihan akan malas mengejar bola seterusnya dijinakkan oleh Aizat..


Keputusan:

Bolt menang 21-16, 21-18


Yours Truly Chairman

No comments:

Post a Comment