Assalamualaikum
Yes, Hangat! Sehingga Ytc terpanggil untuk aktif mengapi2kan kembali blog ini. Abang Long menentang Naufal!. Kalau dulu heboh diperkatakan pertembungan Bolt vs Aizat dalam arena badminton, kali ini lebih sengit lagi...sementelahan pula demam Euro masih panas. Kini Ytc mencuri kesempatan untuk mengumumkan perlawanan hebat!!!:
TEAM ABANG LONG VS TEAM NAUFAL!
(SEMENYIH UNITED) (PILIHAN SG RAMAL)
TARIKH: SABTU 30 JUNE 2012
TIME: 8.30 PAGI
TEMPAT: STADIUM TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI
Perlawanan dijangka sengit kerana begitu tinggi pertaruhan yang diletakkan oleh Pencabar (Abang Long) :
Abang Long menolak tawaran sebagai Pengarah Bola Sepak Blackburn untuk memberi tumpuan penuh untuk perlawanan ini. Tempatnya digantikan oleh Shebby Singh..
Abang Long sewaktu muda sedang beraksi menggentel bola mewakili Semenyih United ..
Gambar terkini Abang Long masih gagah lagi ni..cuma perut dah berlipat sikit.. (di belakang gol adalah Pak Ego bekas kaptain yang diturun pangkat jadi tukang repair gol sebab prestasi hambar-sebenarnya tak datang turun)
Dan kini...nama yang tak asing lagi... berat 35 kg....Kapten yang dinaik-taraf sesuka hati oleh YTC....NAUFALLLLLLLLLLL..........
Perlawanan ini tak kurang penting bagi Naufal juga kerana pertaruhannya amat tinggi..KALAH BELANJA MAKAN! Mahu ikat perut pergi sekolah sebulan nanti kalau kalah.. Naufal juga harus membuktikan keunggulan selepas menang kasut NIKE 2011(bukan kasut emas)
Ahli2 Taahas digesa untuk datang beramai untuk bersama2 memberi sokongan padu ke atas pasukan pilihan masing-masing. Sila datang awal untuk mengelak jem kerana dijangka penonton sekitar bangi akan turun bukan sekadar untuk menonton perlawanan tapi juga untuk berjogging dan bermain gelongsor..
Di sini YTc tampilkan sedikit info untuk analisa perlawanan:
Abang Long:
- Ada seminggu untuk mencorak latihan yang sesuai
- Inspirasi EURO...team? (abang long tak jawab sms)
- Strategy khas: Tidur secukupnya (Sekarang tak cukup tidur pasal tengok EURO)
- Motivasi: Nasi Berlauk Ayam kampung Masak Lemak cili Padi, Patin Gulai Tempoyak-siaplah ko Naufal!
- Stamina: Boleh mengelecek bola setengah jam..
- Kelebihan: saiz besar mudah menjauhkan pesaing..
- Kelemahan: Lari laju tapi takde brek
- Barisan kemungkinan:
Abang Long- Keeper + Striker
Along Fitri -Striker
Fahmi - Striker
Faris - Midfield/ 2nd Goalkeeper
Fais - Defender
Abang MB- Striker (tukang kacau)
- Pemain import: Cikgu Zam dari Bukit Beruntung United- pun Striker
Nampaknya team Abang Long memang bernafsu besar-sehingga meletak 5 orang striker! Kita lihat kesudahannya, apakah strategi ini membuhkan hasil atau memakan diri..
Naufal:
- Memang sentiasa cergas. Tak payah berlatih dah..
- Inspirasi: Kasut Nike- jangan ko bagi Shauki pakai lak nanti, lepas tu ko kaki ayam..
- Strategy khas: bawa bola ke depan ke belakang untuk meletihkan Abang Long, lepas tu baru sumbat gol
- Motivasi: nak kena elak dari belanja makan nih..
- Stamina: boleh bermain sehingga tambahan masa..
- Kelebihan: larian laju, pandai mengawal bola dan bijak membaca permainan lawan..
- Kelemahan: tak berapa ketara..
- Barisan kemungkinan:
Naufal- Midfield+ Striker
Shauki- Midfield
Bolt - Goal keeper
Hanis - Defender
Backpacker- Striker
Uncle Black- Midfield
Aizat- defender
-Pemain import: Ajak dari Shah Alam City- portfolio tak kesah mana2 pun, pasal dia memang tak kesah..
Pemain2 lain yang takde nama tu jangan patah hati pulak. Sila datang juga, Ytc dah lenguh menaip ni...isk...isk
Pasukan Naufal lebih seimbang sebab ada midfielder, defender dan striker yang sama banyak. Cuma bekas kapten yang diturun pangkat (Bolt) mungkin tak puas hati menjadi goal keeper saja sedangkan selama ni dia lah yang asyik ke atas walau tak menjaringkan gol. Jadi Bolt mungkin menjadi penentu permainan samada beliau boleh fokus atau mensabotaj team nanti..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment