Assalamualaikum
Faiz- tonggak pertahanan Semenyih United berjaya mengekang Bolt dan Backpacker..
Alhamdulillah. Perlawanan bola Taahas berjalan lancar pada minggu yang lepas. Kehadiran penyokong kedua-dua belah pasukan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Kepada yang berjaya..ehem..Semenyih United syabas diucapkan dan pada yang kena belasah ..Sungai Ramal FC..harap-harap ambillah iktibar..berusahalah lebih gigih untuk menyaingi kehebatan Semenyih United yang tak boleh dipertikai..
Perlawanan bermula rancak dengan kedua2 pihak saling berbalas serangan tetapi Semenyih United yang dilihat lebih berbahaya di depan gawang lawan. Abang Long bermula sebagai penjaga gol tetapi di minit ke 12, beliau beralih arah sebagai striker pulak. Perubahan ini berjaya mengelirukan Sungai Ramal FC hasilnya jaringan pertama di hasilkan pada minit ke 12 juga. Tolakan kemas ke belakang berjaya disudahkan dengan baik oleh Abang Long melalui sepakan lambung jarak 40 meter dari tengah padang memerangkap penjaga gol Sungai Ramal FC
Sungai Ramal cuba bangkit dengan melancarkan serangan-serangan balas tetapi banyak peluang-peluang disia2kan oleh Bolt dan Backpacker samada rembatan tersasar atau tersalah kaki semasa mengambil tendangan. Bolt yang dijangka turun sebagai penjaga gol sebaliknya beraksi hambar sebagai penyerang begitu juga Backpacker yang tumpul di posisi tersebut. Sebaliknya Ytc menghukum keghairahan Sg Ramal untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan cantik minit ke 20 separuh masa pertama
Gerakan bermula dari sepakan sudut oleh Fahmi dan berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Sg Ramal. Bagaimanapun Ytc berjaya mengelecek lapan pemain Sg Ramal lantas meledakkan gol kedua Semenyih United gagal di sambut oleh Shauki penjaga gol Sg Ramal. Strategi Naufal yang beraksi dibahagian bawah nampaknya tak berhasil. Apakah beliau korang fokus pada perlawanan ini kerana akan menghadapi peperiksaan atau kekangan Ateh yang memberi syarat tertentu sebelum beraksi? Hanya Naufal yang tahu jawapannya. Apa yang pasti Naufal nampak terlalul berhati-hati mungkin untuk mengelak kecederaan..
Keadaan tidak banyak berubah di separuh masa kedua. Trio berbisa penyerang Semenyih United- Mas Joko, Fahmi dan Fariz banyak menguasai ruang midfield dan kawasan hadapan gol Sg Ramal sedangkan Black sebagai midfield seakan-akan lumpuh kerana kurang memberi hantaran2 tepat kepada Bolt dan Backpacker. Kehadiran dua orang pemain import pro Sg Ramal dari Sek Left Adnan juga tak banyak merubah situasi. Walaupun bermain dengan baik melalui larian2 merbahaya tetapi di kekang oleh pertahanan mantap Semenyih- Fais dan Faisal serta di bantu pemain veteran Pak Zaidi yang beraksi cemerlang di bahagian tersebut..
Pada separuh masa kedua, pemain tambahan Sg Ramal (bukan gantian) Ajak dari Shah Alam dimasukkan untuk memberi cabaran lebih bermakna, tetapi kehebatan Semenyih tak dapat disaingi oleh Sg Ramal. Ytc yang beraksi sebagai penjaga gol Semenyih United di separuh masa kedua juga beraksi cemerlang di posisi tersebut dan berjaya menyelamatkan gol dengan menggulingkan badan tanpa menanduk tiang gol..
Dua gol lagi dihasilkan oleh Semenyih United melalui Fahmi dan seorang lagi penjaring gol menjadikan kedudukan 4-0. Sg Ramal FC yang tertekan terpaksa meminta masa permainan dilanjutkan ke tambahan masa. Semenyih FC yang tak sampai hati melihat Sg Ramal yang terdesak memberi gol saguhati. Bermula gerakan dari tengah padang, Abang Long selaku penjaga gol berpura-pura merebahkan badan padahal gol tersebut telah dirancang oleh Semenyih FC sendiri agar Sg Ramal tak putus semangat. Malah Abang Long sempat menukar baju dan menghisap rokok sewaktu serangan giat dilancarkan oleh Sg Ramal..
Di akhir masa, keputusan muktamad- Semenyih United membenam Sg Ramal FC 4-1. Keesokan harinya, Spain yang mendapat inspirasi dari kemenangan Semenyih ini membenam pula Italy yang berpihak pada Sg Ramal dengan margin besar 4-0..Kemenangan ini cukup berharga pada Semenyih United terutama kepada kapten Abang Long yang sanggup menolak tawaran Blackburn baru-baru ini..
No comments:
Post a Comment