Assalamualaikum
Setelah berbulan2 survey dan ricki aja motor baru, Ytc berjaya shortlist 2 candidates. Disebabkan kekangan bajet, cuma satu aja yang boleh pilih. Itu yg tengah pening ni, nak decide susah ooooo....
Naza Cruise 250
Baru 13k aja. Lepas lah kalau nak g Thailand. Masalahnya kalau nak guna pergi keje, leceh sikit nak cilok2. Minyak lebih sikit tu tak kesah sangat. Kalau beli ni, mungkin pakai weekend je. Itupun kalau ada program. Takut tak maximise penggunaan je..
Kymco K-Pipe 125. Sempoi je! Tapi cun. Sesuai upgrade buat g keje. Yelah, naik Kriss CT, asyik kena potong je. Kalau dapat potong pun 10%. itupun 5% orang tua bawak. Lagi 5% , motor rosak tepi jalan. Kalau yg ini, dah sah-sah maximise penggunaan. Tapi nanti nak g Thailand tak berapa syoklah. Almaklum yang lain koman2 bawak Kawasaki VN 250. Bolt dengan CBR 500nya. Backpacker pulak dengan Versys 650. Dah tentu cicir gak. Tapi sekurang2 pergi keje takdelah tercicir..harga pun baru 7000. Harap2 semua setuju kalau Ytc ambik ini nanti..
Wallahu A'lam..
No comments:
Post a Comment