Monday, November 21, 2011

perlawanan di tangguhkan

Salam...,
mungkin setelah melihat beberapa keping gambar ni bolt menarik diri saat akhir atas alasan tidak sihat... perlawanan ditangguhkan pada tarikh yg akan dipersetujui bolt kemudian...sedikit info/gambar bagi menggerun bolt di bawah...
perbincangan dan strategi aizat dan aziq memang di ajar di dalam gelanggang bg mengenal pasti kelemahan pihak lawan...
sedia utk jumping smash..(kelihatan berfikir mencari angle bg mematikan bola)
antara senjata yg digunakan dalam pertarungan melawan ytc tempohari,dan sgt berhasil..
expose...menentang pemain dari denmark pendedahan yg sgt berguna bg menguatkan mental juga fizikal..
berjaya mengalahkan tiga pemain diatas...,antara training yg di lalui aizat bg menguatkan kaki dan perut..juga mendapatkan step yg tersusun kemas...

Thursday, November 17, 2011

BREAKING NEWS- SHAUKI 5A!

Assalamualaikum

Shauki dapat 5A sekaligus melenyapkan rekod 30 tahun yang disandang oleh Ytc! Shauki menyapu bersih kelima2 subjek- BM, BI, Matematik dan Sains dalam pepriksaan UPSR. Syabas Shauki!



Shauki sebelah kanan sekali bersama Nadia, Naufal dan Aisyah..

Wassalam..

Wednesday, November 16, 2011

Menebus Maruah Anak2 TAAHAS yang telah Tercalar....

Gambar di atas menunjukkan bebanan yg besar diletakkan ke atas bahu bolt bagi menebus maruah Anak2 Taahas yang tercalar berikutan kekalahan yg tidak diduga dan agak 'memalukan' bagi seorang 'player' yg suatu ketika dahulu di war2 kan tidak pernah tergugat oleh sesiapa.... Bolt telah 'merencanakan' strategi tbaik tanpa membuat pukulan smash maut yg dapat mengalahkan jurulatih aizat....


Kelihatan di atas Kekalahan yang tidak dpt di 'terima' oleh YTC sehingga menyembah bumi... Walaubagaimanapun YTC masih berharap Bolt dapat menebus maruahnya selaku Anak2 Taahas...



Ini dia cucu Taahas yang paling berpotensi bt masa sekarang dlm Sukan Badminton.... Telah mengalahkan Ytc tanpa berhempas pulas.... Dimana letaknya 'kehebatan' YTC yg di war2 kan sebelum ini?? Semuanya kini ternyata 'palsu' kerana ytc mudah ditewaskan oleh kanak2 yg hanya berusia 10 tahun!!

Utk makluman Ahli2 taahas selaku anak2 Taahas, Bolt memberi jaminan akan menebus semula maruah di atas kekalahan Ytc sebelum ini... InsyaAllah... ;)

Dendam Kesumat

Assalamualaikum

Dapatkah? Bolt menjinakkan 'Hang Nawa'? Atau Aizat yang menjinakkan Bolt? Untuk melaga2kan lagi pertarungan terhebat dalam sejarah Taahas, ini dia profil tinggi kedua2 pemain..



Age: 29 years ikut masihi. Tahun Hijrah - 30 years
Height: 166 cm
Weight: 55 kg
Reach : 3 hasta
Coach: Sendiri coach
Strategy terbaik: Hantar bola kebelah kanan belakang Aizat sebab Aizat kidal, lepas tu pukulan drop ke belah kiri. Bola jatuh depan net, Aizat tak sempat kejar
Servis: kadang2 servis depan penjuru amat berbahaya sebab pemain lawan belum bersedia..
Motto: Biar pape asal bergaye..
Tournament Record (agak2 je): Menang 4, kalah 1
K-O: None



Age: 10 years
Height: Separuh Bolt
Weight: 40 kati
Reach: 3 hasta gak...sendiri punya hasta..
Coach: Ishak 'The Magnificent' Uncle Black
Strategy terbaik: Lob ke sebelah kiri Bolt, lepas tu Lob lagi ke belah kanan pulak. Lepas 6 stroke, Bolt hantar separuh gelanggang dan bola dimatikan oleh pukulan ketuk Aizat arah dada Bolt..
Service: servis ke belakang ngam2 atas garisan. Cuma kadang2 terlebih kuat sampai out
Motto: Agi Idup Agi Ngelaban!
Tornament record: 12-0-3
K-O: None

Gambar raya...

Gambar sekeluarga

Bersama keluarga ibu.

Monday, November 14, 2011

Roadtax WLR 1712

Sorry, tumpang page. Nak save picture ni utk didownload kemudian hari... :)


Sunday, November 13, 2011

Bolt vs The apprentice...

Apakah bolt akan diketepikan dan menerima nasib yg sama spt YTC?

Thursday, November 10, 2011

Komik Tony Wong.

Masih ingat kah anda dgn cerita hang nawa? Abg MB selalu beli komik ni tapi malangnya tak abis, ngam2 hang nawa lumpuh dan anak beliau di ambil oleh dua kumpulan (rimba & Ais), abg MB pun dah tak layan.. Hingga ke hari ini kita tak tau kesudahannya.. Namun, komik ini kini diinternet. Berjudul 'DENDAM KESUMAT' atau versi english 'the force of buddha's palm', mari kita saksikan kesudahannya
(versi melayu tak jumpa. Pls click link http://komikmy.com/dk-eng/1/)

Wednesday, November 9, 2011

Fokus Perlawanan: Aizat v Bolt (David v Goliath)



Assalamualaikum

Apakah Bolt akan menjadi mangsa Aizat seterusnya? Atau Bolt dapat menjinakkan D'apprentice? Setelah merenung dalam2 kekuatan dan kelemahan masing-masing, ini adalah analisis pra-perlawanan dari Ytc..



The lightning Bolt- memang berpengalaman dalam sukan Badminton.
Stength: Ada gaya..




Aizat- Bukan muka baru. Telah banyak menyertai pertandingan..
Weakness: Belum pandai bergaya. Baju pun masih perlu dibetulkan..






Bolt: pernah mendapat naib johan single kejohanan yang dianjurkan oleh Taahas. Di sebelah kiri sekali adalah backpacker yang sempat bergaya dengan medal2 pinjam..





Aizat- pernah ke suku akhir beregu bawah 12 tahun walaupun beliau baru berusia 10 tahun..




Bolt- Weakness: kurang stamina dan mudah nervous kalau ketinggalan..

Keterangan gambar: Bolt tersenyum lebar bila mengetahui lawannya adalah Aizat (masih over-confidence)




Aizat: Strength - kuat stamina (maklumlah budak..)



Bolt: Permainan streotype dan mudah dibaca..tapi mampu bertahan




Aizat- Pukulan ke base line kuat dan pelbagai rentak tapi tiada smash kencang..

Secara keseluruhannya Ytc ramalkan Bolt akan memenangi perlawanan ini dengan agak sengit. Walaupun Aizat banyak peningkatan, tapi ketinggian yang kurang menyukarkan beliau mengangkat bola baseline dan jaring yang dipukul berselang-seli..Bolt pula sempat mengintai permainan dan kelemahan Aizat sewaktu perlawanan Aizat v Ytc tempohari. Aizat masih ada peluang kalau berjaya mengikat Bolt di set kedua yg membawa perlawanan ke rubber set. Bolt yang keletihan akan malas mengejar bola seterusnya dijinakkan oleh Aizat..


Keputusan:

Bolt menang 21-16, 21-18


Yours Truly Chairman

Friday, November 4, 2011

Bola Taahas Sabtu Esok. 8 Pagi!!!

Salam. Esok mungkin kita adakan perlawanan bolasepak antara Cucu2 Taahas LWN Anak2 Taahas... Sila mesej samada anda dan anak2 bole hadir atau tidak. Hadiah akan diberi kepada yang menang.... (kena tnya ateh/pengerusi dulu) Gambr di bawah sebagai Peransang semangat kepada Ahli2 Taahas lebih2 lagi mereka yg jarang2 trn... Pls Support our Event!!! ;)