Tuesday, October 11, 2011

Air Terjun Kemensah 8-9.10.11

Kolam yang mempunyai air dari Bukit... x sejuk. air suam.... 2-3 pagi pun ada org mandi manda lagi (geng kak midah)

ni malam nak masak ringan2...

keesokan pagi. anak2 abg isa dah terjun awal2 pagi... air kolam suam2 kuku, xde hal...


Mengajar adam berenang sambil menjadi kuda Iffat...


Budak2 mandi lame2 pun x sejuk2...


ajk makanan... sediakan sarapan...

kelaparan....


suami kak midah melayan anak2...


haziq n akid rileks je x pakai pelampung....


viji n umaira


amirul seronok...

kolam ni mmg best, ssh nak jmpe kolam air x sejuk lagi2 area sungai...


ni kolam yg lain punca air bukit jgk, khas utk kanak2 sahaja....


Sungai bersebelahan xda org mandi sbb SEJUK~!!!!

Ni kolam utk dewasa... air lagi suam, n dalam had leher...


makcik cun bsama anak bongsu kak midah...




adam mandi dekat sejam!!!


dah puas mandi, sediakan makanan utk anak2 plk...


makcik cun x puas2 mandi!!!



Get ready back to home...

buat2 kemas...


Org kata ada iras... ye ker?

ni pun sama ada iras? makin bsr dah kurang sama....



Next time mungkin bole dtg lagi!!!! bye!!!

Tuesday, September 27, 2011

selamat hari raya 2011

kurang bahan nak post...
sepupu

Thursday, September 15, 2011

Route yang dicadangkan.

Route 1 - 237 km. Exit Seremban.
Estimate Time Travel: 3 jam 50 min


Route 2 - 242km. Exit Tampin / Alor Gajah.
Estimate time travel:3 jam 32 min


Route 3 - 259km. Exit Yong Peng.
Estimate time travel: 3 jam 15 min





Tuesday, September 13, 2011

Jadual Barang Keperluan dan Person In Charge.

Barang Konvoi
1 Tiub: Abg MB
2 Spare Plug: Abg MB
3 Pam (Jenis Pijak): Black
4 Mentol Depan / Belakang: Abg MB
5 Spanar 10-19: Black
6 Spanar Bukak Tayar: Black
7 Screw Driver: Backpacker
8 Playar: Black
9 Rantai: Abg MB
10 Spare Petrol 5 liter: Abg MB / Black
11 1st Aid Kit: Abg MB

Barang Camping
1 Dapur Besar: Abg MB
2 Dapur Kecil: Backpacker
3 Fuel Can: Backpacker
4 Fuel Tong: Backpacker
5 Jaring saiz sedang: Bolt
6 Sleeping Mat: Masing2
7 Tali (utk tarik motor): Backpacker
8 Tali Rapia: Bolt
9 Beras - 3kg: YTC
10 Flyer: Backpacker
11 Baju Hujan: Masing2
12 Khemah: Abg MB / Backpacker
13 Insect repellent: Abg MB
14 Belerang: Abg MB
15 Compas: Abg MB
16 GPS: Backpacker
17 Ration: Backpacker
18 Minyak Masak: Backpacker
19 Rempah ratus: Backpacker
20 Bekas Air (100 plus): Masing2
21 Jaring simpanan tangkapan: Bolt
22 Pancing: Bolt
23 Parang: Masing2
24 Getah jaring ikat barang: Black
25 Getah ikat barang: Black
26 Tikar: YTC
27 Sejadah: Masing2
28 Pinggan plastik: Masing2
29 Cawan: Masing2
30 Sudu Garpu: Backpacker
31 Kuali kecil: Backpacker
32 Periuk kecil: Backpacker
33 Cerek kecil: Backpacker
34 Sudip / Senduk: Backpacker

Tuesday, September 6, 2011

Raya Candid 2011...

1 syawal, bergambar di rumah dahulu seisi keluarga....

ni gmbr konon2 dlm studio la...hehe

Beraya bersama mak dipagi 1 syawal....

Aina mmg sedih bab2 mintak maaf ni... macam byk salah jer...hehe


Layan pop2 lepas bersalam-salaman....

Beraya dgn keluarga mertua...

layan mercun lagi...

Spiderman Syawal....

kat rmh sedara di rembau...



Keluarga kak long meriah...






aksi safiya yg menggoda...

iffat skema jer...



'Dush'... safiya melepaskan tumbukan ke atas iffat yg menganggunya...

Iffat membalas dendam...


di rumah abg md noh...

Sunday, August 28, 2011

Balik kg ahad 9malam...

Selamat hari raya Aidil Fitri pada semua.


Monday, August 22, 2011

Salam Ramadhan dan Eidul Fitri



last year recap- kaklong is ready with duit raya. On her left is a bundle of duit raya..

Assalamualaikum

Before I busy doing other things, I would like to wish you best for Ramadhan. Maaf Zahir Batin. And also Salam Aidil Fitri. We still have a bout a week to 'pulun' ibadah though the one who say it no better than you all.. it just that we can't wait to be perfect to deliver a good message to other people..

2. Wednesday after maghrib, I will go to kaklong's house. Maybe we can Isyak and Tarawih at nearby surau and after that have a cup of Teh Tarik. Whoever order raya change, please bring along money with you. I will deliver them as well..

Wassalam

ehem...got order for 200 notes of RM10- siapa yang masyukkk?

Camping

Salam. Ni ada link sume air terjun dlm malaysia. bole check sini. ni salah satu air terjun yg menarik.
Berkelah n Jerangkang.


http://www.waterfallsofmalaysia.com/19berkelah.php

Thursday, August 18, 2011

Merokok



Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):


Keterangan/Hujah:


1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.


iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:


“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”


“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Monday, August 15, 2011

Siapa yg Masyukkk???


Mlm ni dgr khabar ada org open table Satay Willie kat Sg Rml Maju Junction?? Oleh kerana tidak mendapat khabar berita siapakah gerangan yg akan meng'open' table tersebut, di sini bolt meletakkan antara nama2 mereka mengikut ranking yang berkemungkinan sedang masyukkk sekarang mengikut keadaan 'mewah' mereka ketika ini...

1. Backpacker - Baru selesai pindah, rumah baru yg sempurna dihiasi perabot2 mewah seperti sofa kulit (siap bole jadi katil), set2 bilik yg baru, dan bisnes kereta yang meletup2 di waktu raya menjelma ini...
2. Uncle Black - Tempat kedua ter'masyukk' kerana di dapati baru meng 'order' Avanza baru di kedai, di samping membuat pengubahsuaian tiles rumah yg besar (2kaki)... Juga bisnes kereta yg meletop2 lagi2 selepas bolt dan Makcik Cun menambah pelaburan lagi dlm bentuk 4 biji kereta... Masyukkkk
3. Ytc - Kedai photostat yang dianggarkan 'meletup' selepas student masuk blaja lepas raya ni...
4. Abg Mb - Tunggakan beliau yg memakan nilai beratus juta (rupiah) atau berpuluh ribu ringgit ketika ini...

Anda pasti dpt menilai gerangan 'siapa' yg akan open table malam ni dan dikhabarkan open table ini berlanjutan sehingga sahur esok!!!!

Semoga murah rezki!!!! amin...