Thursday, January 12, 2012

Perutusan Khas Sempena 2012



Assalamualaikum

Harap belum terlambat sangat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2012! Untuk tahun ini, beberapa target dan perancangan untuk Taahas sedang diatur. Antaranya- percutian ke Tasik Kenyir. Di samping itu seperti biasa, Ytc ingin mengingatkan sekali lagi supaya bayaran tertangguh mestilah dilunaskan segera. Jika tidak, banyak perkara tak dapat dilaksanakan

Satu lagi hal mustahak ialah kebajikan mak dan ayah haruslah diutamakan. Andai collection kita cukup, bolehlah disegerakan repair rumah mak yang mana masih terbengkalai..

Tentang target individu untuk tahun ni, takdelah apa2 yang menarik sangat untuk dikongsi. Ytc punya target cuma nak jadi billionair aja, keliling satu dunia, kerja jadi despatch hantar dan jemput anak balik sekolah..Satu lagi target dah tentulah perangai nak ubah jadi lebih baik dari tahun lepas

Wassalam

No comments:

Post a Comment