Saturday, June 13, 2009

Ranking SOLEX minggu ini..

Salam. Minggu ini beberapa perubahan besar nampaknya berlaku pada carta solex kita. BOLT, gagal mempertahankan kejuaraan manakala uncle black yang mengikuti rapat juga tidak dapat mengambil peluang minggu ini bagi bergelar juara. Berikut adalah carta SOLEX bagi minggu kedua Jun 2009 (berdasarkan pengesahan tempat ke kuala klawang):

Tempat kelima - The backpacker.
Ini kerana backpacker adalah orang penting dan bertindak sebagai penyelaras dalam aktiviti ini. Tentunya pengesahan kehadiran backpacker tidak dapat disangkal lagi.

Keempat - Bolt
Bolt yg menjuarai tahta carta pada minggu lepas, gagal mempertahankan kejuaraannya. Bolt adalah diantara yg pertama mengesahkan kehadiran apabila beriya-iya ingin memiliki sebuah motorsikal scrambler. Bolt juga telah membeli beberapa aksesori seperti helmet motocross, google dan rear lamp walhal motocross beliau masih belum keluar kedai.

Ketiga - Uncle Black.
Walaupun uncleblack terkenal dengan rangking "solex"nya, beliau masih belum dapat merasa menduduki tempat pertama carta. Saingan sengit dengan beberapa ahli yg lain menyebabkan uncle black terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga sahaja minggu ini.

Kedua - Abg MB
Antara yg tersusah juga untuk mendapatkan pengesahan penyertaannya. Walaupun beliau adalah pencetus idea bagi xpdc ini, tetapi kengkangan dari Mrs. MB menyebabkan beliau meminta seminggu penangguhan xpdc ini.

PERTAMA - YTC
Tahniah diucapkan kepada YTC. Walaupun YTC tidak masuk didalam carta pada minggu lepas, hanya sebagai pencalonan terbaru sahaja, tetapi berjaya mengatasi semua kedudukan ahli2 yg lain. YTC dianggap yg paling mencabar carta kerana hanya saat-saat terakhir sahaja berjaya mengesahkan kehadiran. Itupun setelah diberitahu tentang pengesahan kehadiran pencabar terdekatnya, Abg MB.

No comments:

Post a Comment