Friday, August 28, 2009

Melapah Lembu Untuk Akikah

Gambar2 di ambil di Ladang Abang Enal tempat membeli dan melapah lembu. Ytc agak lewat sedikit kerana pergi ke pasar membeli ayam terlebih dahulu. Walaupun begitu, ketibaan Ytc berjaya menyuntik semangat kepada pelapah2 yang agak kepenatan setelah bertarung hampir 4 jam dengan bekalan makanan dan air yang terhad...


Di belakang tu tempat melapah lembu




Ajak termenung keletihan selepas mengerjakan lembu..



Dah siap, tinggal nak mencuci je..



Abang MB asah balik parang yang dah tumpul akibat bergasak dengan lembu tadi..

Finishing Touch from Ytc


Kepala lembu

Boleh tahan daging ni banyak gak. Hampir 4 jam. Nasib baik Ytc sampai dan menyudahkannya!



Budak2 lega selepas kenduri roti yang Ytc bawa..



Bolt dan U. Black pendatang baru dalam seni melapah lembu. Uncle Black kelihatan confuse akibat proses dehydration sedangkan Bolt pula cuma tersenyum pahit...



Budak2 kelaparan dan kehausan akibat bekalan yang tak mencukupi. Nasib baik sekali lagi Ytc menyelamatkan keadaan dengan membawa roti dan air soya/ sirap. Bapak budak pun kelaparan juge hehe... Ytc nak beli Mc Donald tapi takut lambat sangat nanti bapak budak yang tak tahan..



..."Fuh...lega rasanya. Lain macam pulak sedapnya air soya Abang Aziz ye!..."


Fahmi dan Along Fikri ceria selepas mendapat roti vanilla dan air sirap



"...barulah larat nak angkat daging ni...", ucap Ustaz Saiful selepas mengalas perutnya dengan roti coklat. "...hisap rokok pun sedap...!"; tambahnya lagi..



Tuan Direktor Abang MB sedang menguji ketajaman pisau. Hanya beliau tak teruja dengan kehadiran roti Ytc..
Yours Truly Caring Chairman..

No comments:

Post a Comment