Friday, October 23, 2009

Berita Sukan - Mimpi Ngeri Bolt Jadi Kenyataan!

Jumaat 23 October - Tinggal satu hari saja lagi sebelum pertemuan Senior Team Taahas melawan Junior Team Taahas. Tinjauan pendapat hari pertama yang dijalankan menyaksikan ramai selebriti bolasepak seperti Azman Adnan, Ronaldinho, Dunga, Rooney tak ketinggalan Bambang Pamungkas menyebelahi Senior Team. Cuma Cristiano Ronaldo sahaja yang menyokong Junior Team. Pengarang difahamkan Ronaldo membuat kenyataan tersebut kerana tidak puas hati terhadap Rooney yang cuba mengambil alih takhta pemain nombor 1 dari beliau. Ini diakui oleh Ronaldo sendiri yang menghubungi Ytc dan mengakui berita sokongan tersebut adalah gimmick sukan semata2. Sebenarnya beliau sentiasa berada di belakang pemain2 senior.

Tinjauan hari kedua pula menyaksikan peralihan sokongan terhadap Team Junior pula. Ini adalah keadaan yang luar jangkaan! Maradona, Ellie Aiboy, David Villa, Kaka dan Arshawin semuanya menyokong team Junior. Hasil siasatan Berita Sukan Taahas mendapati rupa-rupanya peralihan sokongan ini berpunca dari ancaman Bolt sebagai tuan rumah untuk menarik diri dari kejohanan. Sebagai tuan rumah, kehadiran beliau adalah amat mustahak dan berita penarikan diri hampir-hampir menyebabkan perlawanan penting ini di tunda! Jadi tidak hairanlah pemain2 bertaraf dunia tadi menyokong Team Junior untuk memulihkan semula semangat Bolt yang hampir padam.

Bolt pula diberitakan di dalam keadaan tertekan bila mendengar berita tentang formasi empat orang striker yang akan diguna oleh Team Senior yang mana formasi ini adalah hasil perancangan 'brilliant' Ytc. Keadaan ini menyebabkan beliau ingin menarik diri dari pertandingan pada mulanya. Apapun Bolt dan juga ahli2 Team Junior yang lain terutamanya Backpacker adalah dinasihatkan agar membiasakan diri dengan keadaan ini kerana besok bukanlah satu-satunya hari mereka akan dibelasah. Banyak lagi perlawanan dengan keputusan yang sama pada masa akan datang sedang dirancang...

Analisa kekuatan Team Senior adalah seperti berikut:

Abang Long aka Zainal Abidin Hassan
Fizikal yang mantap, larian dengan momentum yang penuh. Harus diawasi oleh dua orang pemain lawan

Abang MB
Tendangan kencang ala Mubin Mokhtar dengan kaki kiri sahaja (Belum kanan lagi tu!). Bijak mengelecek dan stamina yang tinggi

Ytc
Perancang dalam pasukan. Bijak menempatkan diri dalam situasi yang sesuai untuk menjaringkan gol.

Zamri
Pemain dengan saiz yang menggerunkan pihak lawan. Rempuhan dan lariannya jarang dihalang oleh pihak lawan. Perlu diawasi oleh 3 pemain

U. Black
Keupayaan dan skil yang tak perlu dipertikai. Serba-serbi boleh. Pecutan laju cuma mungkin perlawanan pertama ini tak diturunkan untuk mengurangkan kesengsaraan Team Junior

Adi Ateh
Pemain paling rajin. Boleh bermain dimana-mana posisi. Diletakkan sebagai penjaga gol kerana striker dah cukup buat masa ini

Ajak
Cara beliau memegang kayu snooker sahaja sudah membayangkan bahawa pemain ini adalah paling berbakat. Tenang dalam mengawal bola dan bijak membuat umpanan2 cantik..

Sekian..

No comments:

Post a Comment