Thursday, October 20, 2011

Once Upon a Time



Assalamualaikum

Kesah 1. - Tahun :1978. Tempat: Sg Ramal

Masa nak pergi mengaji, budak2 termasuk Ytc dan Abang MB akan pecahkan pasu getah orang. Kebun tu tak tahu siapa punya, tapi ada seorang perempuan cina tua toreh. Kami akan ambil kayu panjang dan berlagak macam Samurai.."Hiyah, hiyah!", dan susu getah pun terburai. Bukan susu aja, pasu pun pecah2. Masa tu rasa hebat kalau dengan hanya satu pukulan terus kena dan pecah. Kadang2 ada sorang pakcik sergah kami dari sebelah pagar dia. Kami pun apa lagi, cabut larilah!



Kesah 2. Tahun 1976-1982. Tempat: Sg Ramal

Sampai kat sekolah ugama, main biji getah pulak. Ramai budak2 zaman sekarang tak tahu apa benda atas ni. Tak pernah tengok pun. tapi inilah mainan kami dulu. caranya- amik satu biji yang power, lepas tu taruk atas lawan punya biji getah, lepas tu kepit dan ketuk dengan tangan. kalau biji getah lawan yang kat bawah tu pecah, kira kita menanglah. Lepas tu, lawan pulak amik turn. Biasanya kalau biji getah kecik..memang power. kekadang sakit2 tangan dibuatnya nak meletupkan biji ni..



Kesah 3: Tahun 2015. Tempat: Beranda Rumah, Sekitar Negeri Sembilan.

Abang MB tersenyum lebar. Segala jerih -penatnya berbaloi. Matanya merenung dalam-dalam kebun getah dara yang baru belajar menyusu. 'Tak sia-sia aku tanam engkau'; tiba-tiba terpacul ayat ringkas tu dari mulut abang MB yang penuh dengan ubi rebus sambil tangannya yang sasa mencapai seketul lagi ubi yang masih hangat lantas dicecah dengan sambal bilis yang memang jadi kegemaran. Siap dengan kopi O pekat yang berasap nipis.." Tambah air lagi bang...", sapa Makngah Muda sambil menjeling manja pada Abang MB. Abang MB hanya mendiam diri. Matanya terpaku pada getah dara yang meliuk-liuk di tiup angin. Sungguh indah. Macam anak dara juga, getusnya. Kehadiran Makngah Muda menambah ceria. Tapi getah dara juga yang berjasa. Sebab getah daralah, hidup Abang MB berubah. Kerana getah daralah..Makngah Muda berada di situ.

Abang MB meraba-raba poketnya. Lagaknya seolah mencari rokok. Cukup 'package'. Segumpal kertas kasar terjojol keluar. Hasil jualan belum sempat simpan dalam Bank. Ada 3000. Jualan pagi tadi. Lepas 5 hari menoreh. Mana taknya, susu dara membuak-buak. Macam takde besok. Lambat sikit je tuang dalam tong, susu dara melimpah.

Abang MB capai rokok. Api dinyala. Menyedut dalam-dalam. "Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya pendek sambil menghembus asap rokok. Berkepul2. Makngah Muda hanya memandang, menunggu kata-kata Abang MB. " Besok Abang nak turun Pilah..", ucapnya lagi seolah-olah kata yang pertama tadi sudah hilang di bawa asap rokok. "Buat apa bang?", tanya Makngah Muda lembut sambil membetulkan tudung litupnya. Memang manis. Maklumlah baru 18 tahun. "Abang nak tengok lembu-lembu yang abang order tu..". "Berapa ekor bang?", tanya Makngah Muda. "Buat mula ni taklah banyak. 200 ekor je..", sambung Abang MB

Pst- Ini cerita rekaan aja. Tapi memang ada kena- mengena dengan orang hidup, malah memang nak mengena..

Nota kaki- Cara paling cepat cari gambar Abang MB- pergi ke google, taip abang MB, gambar dia paling atas sekali. Cayalah!

Wassalam

No comments:

Post a Comment