Friday, November 25, 2011

Bolt Tactic




Assalamualaikum


Apakah Bolt 'buy time' atau sekadar mengelak pertembungan dengan Aizat kerana perlu lebih masa untuk 'secret' training? Bolt harus realistik dan tidak berharap orang semua lupa akan perlawanan ini. Lagi lama Bolt menangguh, lagi pressure jadinya. Ytc percaya memang Bolt kena gastrik, bukan buat2. Mungkin juga gastrik ini satu luahan fizikal Bolt yang semakin gusar di dalam membuak2 , sehingga tercetus berbagai2 simptom. Walau Bolt masih lagi menaruh harapan tinggi, jauh disudut hati kebimbangan yang memuncak tak dapat dibendung. Bolt makin merana akibat tidak mengendahkan bisikan hatinya sendiri. Ibarat kudis yang membiak, Bolt semakin lemah. Hanya angan2 tinggi menggagahkan diri nya untuk terus bertahan di bumi nyata


Come on Bolt! Reket sudah di tangan. Teruskan perjuangan! Kami sedia di belakang untuk mentertawakanmu...hehe..


Dalam perkembangan lain, Ytc berkira2 untuk mengadakan perlawanan selingan sementelahan menunggu Bolt benar2 pulih dari kejutan melihat peningkatan Aizat. Antara perlawanan yang tengah difikir ialah Aizat melawan Backpacker atau Aizat melawan Abang MB. Akan tapi rasa2nya, promoter pun tak sanggup melihat Backpacker dibelasah oleh Aizat, jadi Ytc ingin cadangkan perlawanan 'pemanas badan' antara:


Aizat + Shauki vs Abang MB + Backacker


Perlawanan bergu ini lebih menarik dan lebih seimbang sebab Shauki taklah sekuat Aizat. Bolehlah Abang MB dan Backacker berkira2 mendapat lubuk point dari Shauki. Di sini Aizat harus bekerja keras untuk 'cover' ruang yang ditinggal Shauki. Sedang Abang MB dan Backpacker menjadikan Shauki bahan serangan mereka, Shauki dan Aizat tak perlu memilih mangsa pukulan2 mereka baik Abang MB atau Backpackers sebab dua2 sama2 lemah...


Wassalam

No comments:

Post a Comment