Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 2012



Assalamualaikum

Selamat berpuasa . Maaf Zahir dan Batin dari Ytc kepada semua. Semoga tahun ini ibadah kita lebih berkualiti. Yang penting, lebih baik dari tahun lepas..

Di kesempatan ini juga, Ytc ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli2 Taahas yang banyak menyumbang dan terlibat di dalam aktiviti2 Taahas sepanjang tahun ini seperti sukan bola, trip bermotor dan sebagainya. Kita berharap, banyak lagi program terutama yang membabitkan kaum wanita dapat dilaksana. Oleh itu, apa2 cadangan amat dialu2kan..

Sebagaimana maklum tahun ini kita berhari raya di Sg Ramal. Alhamdulillah, rumah mak dah berwajah baru. Terima kasih kepada Ustaz Saiful dan Noni yang tolong cat rumah mak. Akan tetapi, kita semua mesti ada azam untuk buat lebih lagi. Saya sendiri selalu terfikir, kalau rumah kita sendiri kita nak buat cantik2, kenapa rumah mak kita buat ala kadar sahaja..

Oleh itu, saya cadangkan kita perbaiki dapur mak dengan membuat 'kitchen kabinet' yang baik, tiles dsb. tentulah ini memakan kos yg banyak jadi kerjasama ahli2 amt diperlukan. Mungkin kita boleh beransur buat kitchen kabinet dahulu. Apa kata ahli2 Taahas?

Wassalam..

2 comments: