Monday, April 5, 2010

Lawatan ke Indonesia Part1- Nasi Padang

Assalamualaikum

Terima kasih berbanyak2 kepada delegasi yang memeriahkan trip ke Padang pada 1 April baru2 ni untuk menghadiri upacara perkahwinan Ustaz Saiful. Juga berbanyak terima kasih pada yang menghantar dan menjemput- Abang Long, Ateh, Makcik Cun, Razak, Yazid dll

Banyak gambar2 menarik yang hendak di paparkan. Antara yang unik di Padang/ Indonesia adalah makanannya. Nasi Padang di sini makan berhidang tak macam di Malaysia. Post kali ini difokus pada adegan2 makan..



Aina di Dunkin Donut KLIA sejurus sebelum berlepas. Donut-RM 2.50, Hot Chocolate - RM 7.50.



Makan di rumah keluarga Adi di Padang. Terima kasih pada tuan rumah sekeluarga yang bersusah-payah menyediakan makan-minum..



Makan di sekitar Bukit Tinggi kalau tak silap. Ini makan tengahari beramai-ramai kali kedua. Ongkosnya sekitar Rupiah 380,000. Kali pertama makan adalah Rupiah 520,000. Kali kedua dah pandai cara untuk berjimat. Kali ketiga lagi jimat, cuma Rupiah 192,000..



Perhatikan lauk-pauk yang pelbagai.. Malamnya kami cuma makan nasi goreng dan mee goreng. Bukan apa, penat gak kalau asyik makan banyak lauk..



Aisyah dan kenalan barunya 'Mas Joko' di Bukit Tinggi..

Aisyah semasa breakfast di Hotel Dymens. Walaupun cuma ada dua menu- Nasi Goreng dan Mee Goreng tetapi rasanya sedap..

Bolt, Aina, Hazwa dan Aisyah di Hotel Dymens..



Bolt sekeluarga sedang menikmati Nasi Goreng Padang yang lazat..


Backpacker dan Uncle Black bersama keluarga masing-masing. Mee Gorengnya pun sedap..



Mungkin akibat catuan makan yang dikenakan oleh Backpacker siangnya (Rupiah 192,000 sahaja), ada yang kurang puas. Kelihatan Backpacker, Bolt dan Uncle Black sedang mengasak warung satey padang dalam perjalanan pulang..



Backpacker, U. Black dan Bolt sedang asyik menikmati Satey Padang yang menggiurkan..



Bolt sedang menikmati satay..


Uncle Black..


Black cuba menghalang..



..Mas Joko dari turut serta..

No comments:

Post a Comment