Monday, July 12, 2010

Kick Off Chilly Project!





Assalamualaikum
Ahad -11 July 2010 menyaksikan projek cili Abang MB dilancarkan. Buat permulaan, 40 batang benih pokok telah didapatkan, manakala banyak lagi dalam perancangan bergantung kepada kedudukan kewangan projek..
Mengikut percaturan Abang MB, 400 batang anak pokok akan menghasilkan tidak kurang RM 6,000 sekali tuaian (selepas 3 bulan). Kalau 4000 batang pokok dah berapa? 40,000 batang pokok? Silap2 ada yang amik MC nak petik cili nanti..
Untuk pengetahuan semua, sedikit ilmu yang Ytc nak kongsi (ini penjual benih cili yang ajar)..
1. Anak cili letakkan tempat redup seminggu. Selepas itu baru boleh kena panas matahari..
2. Selepas 3 minggu, anak cili boleh dipindah ke dalam bekas plastik
3. Pokok cili mesti disiram 2 kali sehari- pagi dan petang
4. Gaulkan baja organik dengan tanah- sukatannya, 1 plastik baja + 1 kereta tolak tanah
5. Baja chemical (yg bulat2 kecil tu) yang dibeli tu untuk perkembangan bunga yang banyak. Cukup letakkan 3 butir je. Kalau lebih pokok boleh mati. Tapi Ytc lupa nak tanya letak berapa kali..
6. Kalau ada ayam yang mengacau anak cili tadi, boleh tangkap dan sembelih ayam tu. Boleh dapat bantuan Black dalam hal ni..
Kalau ada kemushkilan boleh tanya Abang MB sebab projek dia di kem sudah berjalan dulu. Tentu dia lebih arif..
Wallahualam.

1 comment:

  1. we have coco peat stock.
    5Kg block RM6 only.

    And DISCOUNT for the customers who buy 2000 or more blocks.

    We are located at kuala lumpur

    mail us at

    marketing@seribubio.com
    chandrar@seribubio.com
    for our standard quotations

    ReplyDelete