Assalamualaikum
Tentu semua dapat meneka kaitan antara ketiga2 gambar di atas kan? Ye betul.. keluarga Pak Uda berjaya dengan projek bas sekolah mereka sehingga boleh dijadikan karier manakala keluarga Kak Esah pula berjaya dengan projek kemah kenduri kahwin mereka yang menghasilkan pulangan ribuan ringgit! Ytc harap ini jadi pemangkin kepada semua peserta untuk 'istiqamah' dalam menjayakan projek cili ini. Satu hari nanti, Projek cili ini akan menjadi sinonim pula dengan keluarga Hj Shukor..
Ada yang kata, projek ini hanya akan berjalan 3 bulan sahaja, leas tu senyap bila semua sibuk dengan hal lain. Sila buktikan yang pendapat ini salah ok! Hari ni kita selangkah lagi kehadapan- Pek2 tanah hitam untuk tanaman pokok telah disiapkan dalam 30 pek, kebun pun dah terang separuh dll. Semua setuju, koleksi lagi RM 20 akan dibuat minggu depan untuk menyuntik dana agar mempercepatkan lagi perjalanan projek ini..
Untuk makluman- Abang MB tak dapat hadir hari ini sebab terpaksa kerja last minit. Semoga Abang MB dapat hadir minggu depan dan menunjuk arah pada ahli2 yang amat dahagakan tunjuk ajar dan kemahiran Abang MB.
Sebenarnya target Ytc adalah untuk menanam sebanyak 4000 batang pokok cili. Memang target ni besar sebab tu Ytc takut2 juga nak bagitahu awal, mana tahu ada yang lemah semangat terus rebah dan pengsan bila dengar berita ni. Tapi disebabkan tadi ada yang menganggap target hanya 400 batang cili, maka inilah Ytc beritahu hal sebenar. 400 batang cili tu hanyalah untuk 'match' projek kawan Abang Man. Dia sorang je, kita ramai dan banyak kawasan pulak tu, Insyaallah cukup tanah untuk tanam 4000 batang..Hasilnya tak payahlah kita congak sekarang, nanti jadi macam Mat Jenin pulak. Pendeknya, target ini adalah munasabah dan boleh dicapai..
Kepada yang masih belum menyertai tetapi masih berminat, anda tetap dialu2kan. Lebih baik lambat sedikit dari tiada langsung. Tidaklah nanti terliur melihat hasil tuaian cili mencecah ribuan ringgit!
Wallhualam..
No comments:
Post a Comment