Wednesday, August 4, 2010

Projek cili- Abang MB where are u?

Assalamualaikum

Ytc terkejut bila dimaklumkan bahawa tiada seorang pun datang untuk projek cili minggu lepas. Mana dia Abang MB selaku project manager? Setelah melakukan siasatan awal, ytc mendapat tahu Black terjatuh dan Abang MB pula buat rumah. Utk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, Ytc cadangkan agar denda tidak datang dinaikkan kepada RM 30. (mula2 nak letak RM 45 tapi Backpacker cadangkan RM 30 dulu.) Selepas ini, sesiapa yang ada sila jalankan kerja tanpa menunggu cukup korum..

Di sini Ytc sertakan gambar2 dari projek kebun yang sedang berjalan rancak di kampung malah telah membuahkan hasil yang baik untuk menaikkan semangat ahli2 semua agar lebih teruja menyingsing lengan untuk minggu depan. Harap2 semangat ahli2 semua pulih sediakala dan berkobar2 untuk menanam cili dan datang awal terutamanya project manager kita yang setakat ni masih lagi tenggelam timbul. Mungkin beliau memerlukan sedikit masa untuk 'adjust' waktu hujung minggu..

Wassalam..


Model pokok getah



Model pokok rambutan..fuhh,,lebat buah tu!


Model Ubi.., satu pokok cabut dah 20 kilo! sekilo tolak RM 1. Cuba kira kalau 10 pokok dah berapa? 100 pokok?



Model pokok pisang memberikan pose yang menarik..




Model papaya, pokok rendah, buah banyak..

No comments:

Post a Comment