Tuesday, May 29, 2012

Permainan turun-temurun TAAHAS

PERAK GRAND PRIX CHESS CHAMPIONSHIP 2012 (TAN SRI LEE LOY SENG)
&
KEJOHANAN CATUR TERBUKA SABAK BEST 2012


Pada penghujung tahun lepas, Cikgu Andak baru perasan bahawa anak kedua cikgu mempunyai minat terhadap catur. Tanpa membuang masa, cikgu terus mengajar permainan catur dengan lebih sistematik dan kami berpendapat Syafa'a perlu diberi tunjuk ajar dengan lebih baik daripada guru yang lebih baik. Cikgu juga telah mengorak langkah membawa Syafa'a ke kejohanan-kejohanan catur. Minat bermain catur telah menular kepada anak sulung cikgu iaitu Syifa'. Pertama kali Syifa' menyertai kejohanan catur iaitu Kejohanan Catur Terbuka Sabak Best (27 Mei 2012) dan Naufal juga didapati berminat menyertainya. 
Bakal juara...ganti YTC.

Menanti permainan dimulakan. Berfikir secara santai.

 Round 7...alamak Syafa'a lawan Naufal la pulak.

 "Ala...bagi la aku menang..." rayu Naufal.
 Terpaksa menerima kekalahan di tangan Syafa'a.
 Belum dapat menandingi kehebatan Syafa'a tetapi peningkatan yang sangat baik.
Barulah dapat melihat cara-cara Naufal berfikir...


No comments:

Post a Comment