Saturday, April 27, 2013

Message From Ytc

Assalamualaikum



Alhamdulillah kita dah bayar duit kunci rumah ayah sebanyak RM 960 dan baru-baru ni pula, Ytc dah bayar cukai rumah Sg Ramal sebanyak RM 450 termasuk tunggakan. Rupa-rupanya dah tertunggak dari tahun 2008, sedar tak sedar cepat mas berlalu sehingga kita sendiri terleka utk bayar cukai2 ini.

The next step, kita harus memasang grill, kipas dan lampu untuk rumah ayah ni. Barulah kita boleh sewakan dan Ytc anggarkan kos dalam RM 10,000. alhamdulillah dah ada yang buat bayaran sedikit2. Jadi, yang mana belum tu, silalah berusaha sedikit untuk dapatkan dana. Insya allah lepas ni, kalau rumah tu dah ada income, kita akan abolish kutipan2 ini semua.

Untuk menyiapkan rumah ni juga memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Jadi, kepada sesiapa yang diminta tolong untuk sesuatu tugasan itu, harap dapat berbuat segera supya masa dapat dijimatkan

Moga2 kita dapat merapatkan barisan dan berusha bersama2 untuk menjayakan projek ini. Sebenarnya, hanya sedikit sahaja lagi usaha diperlukan. Jadi, saat2 sukar ini, kita mestilah 'stick' together supaya kita jadi lebih bersemangat dan kuat..

Wassalam..


No comments:

Post a Comment