Sunday, September 20, 2009

AZAM ISHAK RESOURCES - Part 3

Land Survey at Senaling and Sri Menanti.

Selepas berhenti sejenak di Ulu Bendul, Ytc dan Abang MB meneruskan perjalanan ke Senaling, Kuala Pilah. Walaupun tanah yg kami survey itu berdekatan dengan jalan besar tetapi laluan masuk agak mencabar. Kami cuba menggunakan 4X4 tetapi tiada laluan masuk dan jalan yang bertebing tinggi dan semak-samun. Akhirnya kami terpaksa menapak dan memanjat bukit yang curam. Mujurlah Abang MB dan rakannya tuan tanah En. Rahman membawa parang. Bolehlah menebas dan membuat laluan. Terasa gigil lutut Ytc memanjat bukit. Maklumlah dah lama tak main badminton. Pertengahan jalan, kasut En. Rahman pulak terkoyak. Tanah hutan yang agak lebat itu ada harimau, kata En. Rahman.

Tanah di Senaling ini luasnya dua ekar lebih. Kami berpusing2 mencari batu tanda. Sementelahan pula sedang berpuasa, terasa dahaga dan kepenatan. "Pahit tekak abang", ujar Abang MB. Akhirnya kami temui juga batu tanda tersebut tetapi masalahnya kami tak tahu batu tanda itu batu yang mana satu di dalam peta. Alat GPS pun kami tak ada..


Abang MB menapak menelusuri denai2 di Sri Menanti

Setelah 'mensurvey' tanah di Senaling, En Rahman membawa kami menuju tanahnya di Seri Menanti pula yang terletak lebih kurang 40 minit perjalanan. Tanah ini luasnya 4 ekar dan sudah ditanam dengan anak pokok getah. Cabaran juga nak masuk ke dalam kerana jauh dari jalan besar..dan jauh dari kampung. "Kalau duduk di sini memang tak jumpa orang...", ulas Ytc



Laluan terhalang oleh dahan pokok yang tumbang. Kelihatan 'bodyguard' En. Rahman (anak bujangnya) sedang melibas dahan2 tersebut untuk memberi laluan kepada kembara..



Tanah di Seri Menanti ni memang cantik dan luas. En. Rahman nak jual RM 50,000. Pokok durian dan pokok petai pun dah membuahkan hasil! Risda pulak sedang menyiapkan pagar dan juga anak getah telah di tanam. Tergugat juga kami kecantikan tanah ni. Macam anak dara sunti yang hanya menunggu masa untuk disunting...ahakks! Di tengahnya pulak ada lembah yang sesuai untuk di buat kolam ikan...




Ini baru High Chaparral! Tanah Seri menanti mengunjur ke atas puncak bukit yang tirus dan berbentuk oval dan unik. Walaupun oval tetapi di sudut2 tertentu, terdapat cerun2 dan lurah yang mengunjur keluar..



Inilah wajah hensem En. Rahman tuan tanah..



(Sekadar gambar hiasan). Di pertengahan jalan, laluan kami tersekat lagi. Kali ini disebabkan kehadiran bukit berpasir yang tirus. Abang MB cuba memanjat naik tapi kembara tak bergerak. Hanya roda yang memutar laju menghasilkan buak2 pasir berasap2. Enjin pun turut berasap menghasilkan bau hangit yang kuat. " Dah panas enjin ni, kita berhenti rehat", ujar Abang MB seraya mengundurkan kembara ke bawah bukit.

Setelah berehat seketika, Ytc yang masih tak berpuashati cuba menunjukkan skilnya pulak. Dengan satu ram yang kuat, Ytc memecut ke arah bukit. En Rahman, Abang MB dan bodyguard En. Rahman menunggu di luar agar kereta lebih ringan. Dengan henjutan yang kuat itu Ytc berjaya melepasi halangan yang pertama tetapi sampai di tengah bukit yang panjang itu, rupa2nya da selekoh pulak yg curam. Roda berpusing laju tetapi tiada 'progress'. Suasana begitu genting dan mencabar. Ytc terpaksa menekan brek kerana kereta macam nak menggelungsur. Ytc anggarkan cerun tersebut 90% (exaggerate sikit)

Ytc tekan minyak lagi. Meraung2 kembara macam perempuan nak beranak tak cukup bulan. Akhirnya setelah berpeluh2 di dalm terik mentari Ytc terpaksa mengalah dan mengundurkan kereta. Bukit ni bukan setakat curam dan berpasir, malah sempit. Semasa mengundur, Kembara tersekat di dinding jalan secara melintang (maknanya nak ke belakang tak boleh, ke depan pun tak boleh) Kembara senget dan hampir terbalik! Hanya ada 2 kaki saja yang boleh main (bukan kaki Ytc, tapi kaki jalan. Gambar di atas hanya gambar hiasan, gambar sebenar lebih ngeri dan tak boleh disiarkan- actually masa tu sibuk dengan kereta, mana sempat nak ambil gambar!) Di belakang ada gaung dan di depan adalah dinding bukit, jadi Ytc kena berhati2...jeng jeng jeng..

Abang MB mencadangkan agar Kembara berehat seketika. Bau hangit pun dah menusuk ke rongga hidung. Kami memanjat bukit lagi. Kali ini lebih tinggi dan dalm cuca panas terik. "Nasib baik abang bawak topi Koboi ni..", ujar Abang MB seraya memperagakan topi Koboinya.. Ytc membiarkan kunci Kembara tergantung di dalam kereta. Biarlah, pencuri pun tak sanggup nak melepaskan Kembara ni dari tersepit, fikir Ytc.

Jauh kami mendaki. Kembara kelihatan sayup2. 4 ekar bukan kecik2 tanah. Sampai di atas berehat sekejap. Abang MB mencadangkan kami mencari sumber air pulak. Menapak lagi! Walaupun Ytc ingin memprotes kerana keletihan sementelahan berpuasa, tetapi hanya mengurungkan niat itu di dalam hati. Maklumlah En. Rahman yang lebih senior selamba je mendaki, taakan Ytc nak mengalah!
Setelah gagal menemui sumber air, kami pun menuruni bukit tersebut. Kali ini Abang MB pula menawarkan diri untuk melepaskan Kembara dari 'penderitaannya'. Dengan skil yang memukau Abang MB berjaya mengeluarkan Kembara 'hidup2'. Syabas Abang MB, kalau tak sah2 Ytc kena marah dengan Mrs Ytc...ahak!

Kami pun pulang. Di pertengahan jalan sempat menjolok rambutan En. Rahman yg sedang masak ranum. Dapatlah seguni sebagai mengubat lelah mendaki tadi. Sampai kat rumah Ytc tetap kena marah sebab balik lambat...ahakss!


Akibat penderaan fizikal yang dialami oleh Kembara, keesokan harinya dia buat hal tengah jalan. Brek rosak bocor dan berasap. Nasib baik ada pomen hon dan tolong repair. "Ini minyak brek tinggal sikit la abang.. Nasib baik abang sembahyang pagi ni manyak kuat. Kalau tak mungkin accident..", komen pomen India tersebut. Akibatnya RM 600 duit Ytc terbang masuk poket pomen. (Ingat nak claim sikit dengan Direktor Azam Ishak Resources- En. Ishak)
Balik rumah Ytc kena marah lagi...Huwaarrrrggghhh...

No comments:

Post a Comment