Tuesday, September 15, 2009

BKZ Motocross Uncle Black dah keluar!!!!!!!!

Kajang, 14.9.2009 Isnin - Kini u.black telah mencapai impiannya utk memiliki sebuah scrambler motocross yang agak panas di pasaran kerana kekuatan jenteranya, BKZ. Jam 8.30mlm semalam u.black telah berjaya mempergunakan skills bolt dalam membuat rundingan pembelian terhadap seorang pemilik bkz di putrajaya. Harga asal yg ditawarkan adalah sebanyak RM6,666.00 tetapi kerana kepetahan/kelincahan/kecilikan bolt, harga tersebut telah dapat di kurangkan menjadi RM4000 sahaja!!! walaupun u.black hanya memandu uji scrambler tersebut dalam jarak kira-kira 5 meter sahaja, beliau dgn confident nya terus mengeluarkan wallet bagi membuat pembayaran tanpa berfikir lama/ meneliti dengan tekun scrambler tersebut. Mungkin terlalu teruja, u.black memandu pulang tanpa memakai helmet motocross yg diterima secara percuma!!! nasib baik bolt berjaya memintas beliau utk mengingatkan tentang helmet tersebut.... Disamping itu, bolt juga akan di beri 'saguhati' oleh u.black sebanyak RM200 kerana mendapatkan kenderaan terbaik dgn harga 'terBAIK'. Walaupun bolt terpakse menunggu 'saguhati' tersebut sehingga bulan Disember 2009, bolt tetap akur dgn pendirian u.black. Apepun, Terima kasih di atas keprihatinan anda.....

Jadi kita akan saksikan kelincahan / kehebatan u.black selepas ini, samada dapat menyaingi backpacker atau tidak..... Bolt tetap no 1.... Bagi Abg MB, keputusan Drastik beliau pada malam tadi utk menukar dari memiliki Pantera kepada BKZ, amat mengejutkan. Walaubagaimanapun, kami sentiasa menyokong keputusan anda.... Kita tunggu Warta berita selepas ini!!!... Zassssssssss....

No comments:

Post a Comment