Sunday, January 10, 2010

Azam Ishak Resources Part 4- New Development Project?

Ada yang bertanya tentang projek Azam Ishak Resources(AIR). Kenapa senyap jer? Sebenarnya ada aktiviti yang dilaksana tapi tidak berapa rancak sebab kekangan masa dan tenaga (sebenornya takde duit).

Pada cuti Tahun Baru baru2 ini, Ytc, Abang MB dan Black sempat menjengok situasi terkini di tanah Senaling untuk memantau aktiviti2 pembangunan di sana. Kami ingin menilai keadaan sebelum memutuskan samaada ingin menjual tanah tersebut, bangunkan atau simpan aja.



Black yang di bawa untuk memandu tapi tido besar-besaran.. Kami bertolak sepatutnya pukul 11.30, tapi tunggu Black dekat pukul 1.00 baru sampai lepas tu baru nak beli kasut.. Black macam tak bersalah je datang lambat langsung tak sms..


Baru sampai. Jalan raya memang sudah ada, cuma jalan masuk yang masih tanah merah tetapi sudah banyak jalan2 yang dibuat oleh lori atas tanah2 bersebelahan..



Tanah ini atas bukit, jadi untuk memasukinya kena panjat bukit dulu melalui sederet tanah orang lain dulu sebab tanah AIR adalah di baris kedua. Alternatif lain adalah melalui lorong yang di buat oleh lori dengan memandu 4X4..



Abang MB baru balik kerja terus membawa kami ke lokasi. Jalan lengang kerana ini bukan jalan utama. Apa pun bukan jalan mati sebab boleh tembus ke Bahau..



Tanah bukit yang subur. Sesuai untuk tanam deroyan. Kami nak tolak dan tanam 50 batang deroyan cuma tak tahu lagi nak tanam untuk diri sendiri atau untuk anak-cucu. Mungkin kombinasi. GPS tak bawa pulak, so nanti kena bawa Backpacker untuk gunakan skil beliau menanda sempadan.. "Kalau nak senang kita tandakan tengah2 je lepas tu kita mula dari situ ", cadang Abang MB. " Lepas tu kita datanglah tiap2 minggu bawa gergaji mesin bersihkan tanah", tambahnya lagi. "Rasa2nya elok kita panggil jentolak jelah bang", balas Ytc pulak..



Hujan lebat sewaktu mendaki bukit Senaling. Motor Abang MB mula-mula lepas, tapi lepas tu sangkut kat becak. Abang MB cuba menarik motor keluar tapi gagal sampai patah skru besi alas kotak..



Black tolong barulah dapat keluar. (Barulah terasa untung bawak Black). Ytc tolong ambik gambar..



Abang MB balik kerja belum sempat makan tengahari so kelaparan. Lepas tengok tanah singgah di kedai makan tepi jalan. Dapat roti pun jadilah... Berkenalan dengan Pakcik Husin Akar Kayu dan rakan-rakan (Bukan berkenalan dengan awek ye..). Kami bertanya tentak projek pembangunan. Rupa-rupanya projek dijalankan oleh orang perseorangan bukannya kompeni atau gomen..
Kami bersembang dengan Pakcik Husin Akar Kayu. Pakcin Husin Akar Kayu dah berusia lanjut mungkin dah 70an tapi badan cantik ketul2. Perut pun boroi sikit je tak macam Abang MB. "Pakcik dah 17 kali jumpa rimau kat sini..", ujar beliau. "Kawan saya pun jumpa Ular Sawa tinggi ni!!..", tambah Abang MB seraya menunujukkan pehanya. Masa perjalanan pulang Black tanya Ytc.."Ada ke Ular Sawa besar tu?. Ytc jawab memang ada ular sawa besar tapi tak tahulah kalau tinggi lutut dah berapa kaki lak panjang tu. Abang MB exaggerate kot hehe..



Satu panorama indah di Senaling, Kuala Pilah. Agak2 hendak ke Mrs MB/ Mrs Ytc/ Mrs Black tinggal kat sini? "Boleh tu boleh, tapi takut kena g Seremban shopping tiap2 hari, jenuh!", jawab Abang MB..



Kampung yang berbukit-bukit dan suasana nyaman. Tak dengar bunyi apa2 bila nak masuk senja kecuali bunyi cengkerik. Penduduk pun ramah..
Balik kami singgah kat Branang makan sup tulang dulu kat restoran favourite Abang MB. Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam, Ytc tak sempat hantar kembara cuci-cuci. Last2 parking kat bawah tu, sembur dengan pili bomba je (cover-up sikit)..

No comments:

Post a Comment