Salam.. Pada 13 Januari 2010 yang lepas, kira-kira jam 6.30pm, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon oleh guru kelas Afiq. Dengan nada yang cemas, afiq diberitakan terkena serangan tarik-tarik (kejang di kaki dan tangan). Lantas kami bergegas ke sekolah tetapi mendapati Afiq telah dibawa oleh guru-guru SKLA ke klinik Sham, Sri Ramal..
Setibanya kami disana, Afiq didapati bernafas kencang bagaikan pelari 100meter. Doktor Sham sudahpun membuat surat bagi merujuk kes ke Hospital Serdang. Tetapi backpacker memutuskan untuk pergi ke Pusat Perubatan Al-Zahrah bagi membuat rawatan susulan. Disana, kami dinasihatkan oleh pihak hospital bagi membawa kes ini ke doktor pakar. Ini kerana, simpton yang ditunjukkan kemungkinan simpton bagi penyakit yang sangat serius seperti sawan dan ketumbuhan didalam otak. Pada ketika ini, kekejangan yang dialami telahpun pulih.
Jumaat 15 Januari 2010, backpacker dan cik Ida telah pergi ke Selangor Medical Centre (SMC) bagi membuat rawatan susulan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa tahap reaksi saraf dan otak Afiq. Ini dapat dilakukan dengan menjalani diagnosis yang dipanggil CT Scan (kalau tak silap lah)..
CT scan bagi pengesahan seseorang yang mempunyai sawan.
Alhamdulillah.. Keputusan yang mengembirakan. Didiagnos normal dan tiada sawan..
Mesin yang baca reaksi saraf otak.
Selepas ni perlu menjalani Magnetic Resonance Imaging (MRI) bagi melihat kemungkinan ketumbuhan.
Maka, pada hari ini, 19 Januari 2010, jam 10 pagi, Backpacker dan Cik Ida sekali lagi membawa Afiq ke SMC untuk menjalani ujian tersebut. (Maaf tiada gambar. Kamera tidak dibenarkan). Alhamdulillah, maha suci Allah, Afiq didiagnos normal dan tiada sebarang tanda ketumbuhan..
MRI imej bagi melihat dalaman anggota badan.
Kesimpulan dari semua keputusan-keputusan yang diperolehi, doktor pakar saraf di SMC mengatakan kemungkinan serangan adalah berpunca daripada pernafasan yang terlalu laju dan menyebabkan terlalu banyak karbon dioksida didalam badan dikeluarkan dan diganti dengan oksigen. Ini menyebabkan seseorang itu kelemasan oksigen dan kekejangan boleh berlaku (sama cam paksu ari tu).
Apa yang dapat ku ucapkan. Alhamdulillah.. Maha suci Allah... Ku panjatkan doa penuh kesyukuran. Insyaallah hujung minggu ni backpacker nak buat kenduri doa selamat sikit. Kecil-kecil je, just panggil mak ayah dan adik beradik.. Sempena kesihatan yang dianugerahkan pada kita semua dan hari lahir Afiq -18 Jan 2010 dan Haziq -23 Jan 2010 (yang lain2 kalau nak join pun boleh). Insyaallah akan dibuat di banglo PD pada hari Sabtu, 23 Jan 2010 jam 2 petang. Harap semua dapat hadir...
No comments:
Post a Comment