Monday, January 25, 2010

Message Khas From Chairman- Kambing Jantan



Ytc dah berjaya mengimport gambar dari internet tanpa bantuan sesiapa! Gambar atas import setelah dibesarkan. Gambar bawah import secara terus. (Saja nak buat perbandingan)



Assalamualaikum

Tadi petang Ytc pergi rumah mak tengok kambing. Bapak no 1 nampak lesu, bapak no 2 ok sikit. Size hampir sama tapi yang tua lagi kurus. So, Ytc tertanya2 balik samada nak sembelih yang bapak tua atau bapak muda. Cadangan asal nak biarkan bapak tua buat benih tapi nampak lesu je macam tak bermaya lah pulak. Bapak tua ni kalau sihat bagus buat benih sebab gen kacukan dia masih banyak(kuat). Bapak muda dah banyak campur.

Masalahnya kalau sembelih bapak tua, kita cuma dapat tulang je. Lagipun kalau nak buat akikah, lebih elok sembelih kambing yang baik. Kalau nak sembelih bapak tua, maka kita makan atau kenduri biasa aja la bukan buat akikah sebab tak begitu elok buat akikah dengan binatang yang kurus.

Kalau bapak tua tak disembelih pulak, nanti takut dia mati macam tu aja rugi jugak. Mungkin juga kelesuan kambing ni disebabkan mereka tak dapat senggama. Kambing atau binatang apapun perlu betina banyak untuk salurkan naluri seks dia. Kalau kita tak provide, samalah macam menyiksa binatang

So, sila buat komen dan cadangan anda. Samada nak sembelih yang tua atau muda.

Sekian

No comments:

Post a Comment