Saturday, May 1, 2010
Message From Chairman- Standing Instruction
(Contoh Standing Instruction)
Assalamualaikum
Terimakasih kepada yang sudah membuat Standing Instruction (SI). Kepada yang belum, minta tolong buat minggu depan. Anda boleh buat terus tak perlu tunggu tarikh bayaran. Contohnya kalau anda di minta buat bayaran pada 6/5/10 maka tak perlu tunggu sehingga 6/5 baru nak buat SI. Anda boleh buat sebelum itu dan letakkan tarik permulaan bayaran pada 6/5..
Pada kali ini, Ytc minta semua membuat bayaran RM 70 sebulan kerana jika kita menggaji orang, anggaran adalah RM 500 sebulan. Kemudian RM 200 sebulan adalah hal-hal lain. Kita mesti ingat bahawa collection Taahas telah banyak berjasa diguna untuk bermacam-macam perkara seperti membaiki rumah, membayar cukai tanah, kenduri, membayar tunggakan air (RM 5000) dsb. Jadi jika kita ada cukup lebihan duit Taahas, maka tak perlulah kita mengutip lagi jika ada keperluan di masa hadapan.
Andaikan kita tidak menggaji orang pun, duit lebihan tadi boleh kita extend keperluan untuk hal-hal mustahak yang lain. Sebagai contoh- membantu anak-anak yang masuk kolej/ universiti. Sekarang semakin susah mendapat biasiswa. Jika mendapat pinjaman pula, kita tetap perlukan wang yang banyak untuk bayaran mula masuk kerana pinjaman mengambil masa untuk diluluskan. Di sinilah pentingnya tabung yang dapat membantu anak-anak yang berjaya tadi terutamanya jika ibu-bapa kurang berkeupayaan dari segi kewangan.
Walaupun RM 70 adalah besar tetapi jika kita merenung balik, maka kita akan dapati amaun itu adalah sesuai kerana harga barangan/ perkhidmatan semakin meningkat. Lagipun RM 50 kita sudah 'commit' untuk membayar mengikut meeting2 yang lalu. Cuma RM 20 sahaja tambahan. Andaikata duit Taahas tetap berlebih juga, kita boleh gunakan untuk melabur pada tempat2 yang sesuai dan hasilnya kita nikmati bersama-sama..
Ytc akan berusaha mendapatkan persetujuan ayah agar menyumbang sebahagian dari duit tanah yang dia akan terima pada masa akan datang. Sekarang ini belum tahu bila. Jadi ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan Taahas dan kita semua tak perlu risau akan 'collection'2 on 'adhoc basis'. Maknanya ada satu collection sahaja untuk semua perkara.
Dengan komitmen kita semua dan juga dengan bilangan kita yang ada, kita boleh jadikan usaha ini satu kejayaan yang besar. Anak-anak besok boleh mencontohi tindakan yang kita ambil pada hari ini.
Ytc juga ingin memaklumkan bahawa Ateh telah dilantik menjadi bendahari Taahas yang baru mengganti Uji. Terimakasih pada Uji atas segala usaha yang dijalankan. Sedikit sebanyak Uji juga telah menyumbang untuk mengutip Tabung Taahas dan kita semua bersalah kerana tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau untuk mengutip Tabung Taahas..
Ateh dipilih kerana pada pengamatan Ytc, beliau lebih free (kerja gomen) dibanding dengan Uji. Yang kedua, Ateh dekat dan mudah kalau dia nak bayar apa-apa sebagai contoh gaji orang gaji dsb..
Andaikata ada yang tidak mampu untuk membayar RM 70 tadi, sila hubungi Ytc. Kita akan memikir bersama cara-cara yang sesuai untuk meringan beban beliau. Insya allah Ytc boleh bantu sedikit tapi bukan untuk semua oranglah..Jadi, minggu depan marilah bersama-sama membuat SI yang mana akan memudahkan bendahari menjalankan kerja beliau. Seperti yang Ytc telah SMS, jadual SI spt berikut
Kaklong setiap 1 hb
Abang Man setiap 2 hb
Ytc setiap 3hb dan seterusnya
Jika ada yang terlajak tarikh, boleh letak tarikh bulan 6, kemudian untuk bulan 5 boleh bayar secara manual terus kepada bendahari. Pada kali ini, semuanya terbabit termasuklah Kaklong dan Saiful..
Sekian..Terima kasih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment