Monday, May 31, 2010

Tabung Taahas


Assalamualaikum

Sebagaimana yang kita tahu, Tabung Taahas telah 'dihidupkan semula' setelah tidak aktif sekian lama. Ytc amat berharap kali ini kita dapat berterusan menyumbang supaya kedudukan kewangan Taahas bertambah baik. Ada beberapa perkara yang Ytc nak higlight:

1. Andak telah mendahulukan duitnya untuk beli hadiah mak. Kepada sesiapa yang belum bayar, sila bayar cepat kepada Ateh/ Andak supaya boleh diselesaikan segera..

2. Andak juga telah bayar lebih dari orang lain semasa Tabung terdahulu. Jadi Ytc hendak mengganti balik duit beliau jika Tabung ada lebihan. Buat masa ni, Ytc rasa tabung mungkin tak berapa nak lebih sangat jadi mungkin ini ditangguh sedikit. Ateh, tolong liase dengan Makcikcun untuk dapat rekod yang update.. Makcikcun, tolong provide rekod pada Ateh. Jika sudah beri, terima kasih..

3. Backpacker ada mengambil inisiatif membuat collection untuk duit rawatan mak. Kepada sesiapa yang masih tertunggak, sila bayar dengan segera. Hari ni, Ytc diberitahu ada 5 hari rawatan yang belum dibayar bil..

4. Ytc mengambil giliran menemankan mak seperti yang dijadualkan Backpacker. Ytc harap yang lain2 akan berterusan mengikut jadual tersebut walaupun mak lebih sihat sekarang. Ytc percaya selama ni mak kesunyian sebab tiada sesiapa menemankan beliau dahulu. Jadi kita harus ubah perkara ini. Black dan Ateh dekat tak perlu tidur di rumah mak tetapi masih boleh meneman mak sebelum mak tidur. Mak perlukan kita untuk berbual2..Dengan ini mak akan jadi lebih sihat Insya allah..

Harapan Ytc adalah semoga Tabung Taahas akan semakin kukuh dan mendapat sumbangan sukarela tambahan dari mana-mana pihak yang ada kelapangan. Dengan itu akhirnya kita cuma ada satu collection sahaja. Tidak perlulah banyak2 collection seperti sekarang..

Wassalam

No comments:

Post a Comment