Monday, March 7, 2011

Story of Bob Sadino



Assalamualaikum

I found this excerpt from book 'Quranic Law of Attraction' is interesting. I have to type back since Google book do not show this part. So please read until finish and enjoy!

Selepas merantau selama sembilan tahun di Belanda dan Jerman, sejak tahun 1958, Bob Sadino rindukan kampung halamannya dan mengambil keputusan balik ke negara asalnya. Beliau membawa isterinya pulang dan memulakan kehidupan yang serba kekurangan. Walhal sebelum itu mereka hidup mewah dengan gaji besar. Mereka membawa pulang dua kereta Mercedes keluaran tahun 1960-an. Satu daripadanya dijual dan wangnya digunakan bagi membeli sebidang tanah di Kemang, Jakarta Selatan. Manakala, sebuah lagi dijadikan teksi dan Bob sendiri menjadi pemandunya.

Bob bertekad tidak lagi mahu bekerja di bawah perintah orang. Pengalaman menjadi pekerja selama berbelas tahun sudah cukup baginya. Jadi, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi menyara diri dan juga isterinya. Asalkan beliau bebas menggunakan masanya mengikut kehendak sendiri. Selepas kereta yang digunakan sebagai teksi itu mengalami kemalangan, Bob bertukar pekerjaan. Dia menjadi buruh bangunan dengan gaji 100 Rupiah iaitu lebih kurang tiga sen setiap hari. Bekerja membanting tulang menjadi kebiasaannya.

Bagi menenangkan fikirannya, Bob menerima 50 ekor ayam daripada temannya, Sri Mulyono Herlambang. Inspirasi memulakan syarikat Kem Chicks muncul secara tidak sengaja ketika Bob memerhatikan ayam-ayamnya itu. Beliau berfikir,"Ayam-ayam mampu berjuang untuk hidup, apalagi Bob, manusia yang mempunyai akal fikiran." Bob mula menjaga ayam-ayamnya lebih serius. Kebetulan, ketika itu belum ada penternak ayam di Kemang dan penduduk di situ sukar mendapatkan bekalan telur.

Setiap hari, Bob dan isterinya berniaga telur. Lebih kurand dua tahun, pelanggannya sudah ramai terutamanya golongan pegawai Kemang. Maklumlah, Bob dan isterinya fasih berbahasa Inggeris. Cara Bob menjaga telur juga unik. Bob percaya mutu layanan kepada pelanggan adalah penting. Oleh itu, Bob cuba tidak mengecewakan pelanggan-pelanggannya dan memberikan layanan sebaik mungkin.

Suatu hari, Bob sengaja meletakkan telur busuk antara telu-telur yang dibeli salah seorang pelanggannya. Beliau berbuat demikian kerana mahu membuktikan ucapannya mengenai layanannya yang bagus. Sudah tentu tindakannya kali ini menimbulkan rungutan daripada pelanggan tetapnya. Bob tidak panik, sebaliknya beliau gembira. "Akhirnya ada juga orang yang marah...", katanya dalam hati.

Bertepatan dengan janjinya, Bob membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kecewa itu. Beliau bukan sahaja mengganti telur busuk itu, tetapi beliau juga memberi beberapa telur elok sebagai ganti rugi. Pelanggan itu berasa gembira. Maka, tersebarlah dari mulut ke mulut mengenai layanan baik yang diberikan oleh Bob. Pelanggan Kem Chicks kian bertambah. Bilangan pelanggan semakin meningkat. Bob Sadino berjaya meraih kepercayaan di mata pelanggannya.

Selepas itu, perniagaan Bob menjadi semakin maju. Beliau berjaya menjadi pemilik tunggal Kem Chicks dan pengusaha ladang sayur menggunakan sistem hidroponik. Kemudian, Bob menubuhkan pula Kem Food, syarikat pemprosesan daging di Pulogadung dan kedai Shaslik di Blok M, Kebayoran Baru, Jakarta. Catatan awal tahun 1985 menunjukkan syarikat Bob menjual antara 40 hingga 50 tan daging segar, 60 hingga 70 tan daging proses dan 100 tan sayuran segar..




and god knows better..

No comments:

Post a Comment