Thursday, September 23, 2010

Tahukah anda?


Sedikit ilmu untuk dikongsi...

Salam. Tahukah anda yang anda tidak perlu ke perpustakaan lagi untuk mencari bahan bacaan? Teknologi semakin moden membolehkan kita mendapat semua bahan ini di rumah sendiri. Perkara ini baru sahaja di 'explore' oleh saya yang kebetulan minat membaca buat masa ini. Caranya mudah sahaja. Pergi ke laman web carian google dan klik pada 'book'. Kemudian, taipkan sahaja tajuk buku atau nama penulis.. Sebagai contoh, anda boleh menaip nama seperti 'Fadzilah kamsah' ataupun 'A.Samad Said'. Wow! anda sudah pun boleh membaca buku kegemaran anda...

Pst:
Saya baru sahaja memulangkan buku yang bertajuk 'Rahsia Minda Jutawan' ini. Walhal ianya boleh dibaca disini:

Terdapat buku yang boleh dibaca sepenuhnya dan sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, anda mungkin bleh mencubanya dahulu sebelum memudahkan anda untuk memilih buku apa yang perlu dipinjam dari perpustakaan. SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment