Sunday, October 24, 2010

Kurban



Assalamualaikum

Sedikit tazkirah dari Ustaz di tempat saya semalam:

Maksud Aidil Adha- Kembali mendekatkan diri kepada Allah..

Hukum Kurban
:
1. Mazhab Hanafi- wajib
2. Mazhab Shafii/ Maliki/ Hambali - Sunat Muakkad bagi yang mampu

Maksud mampu

Ada 8 level- Level 1 mampu seekor unta untuk setiap anggota keluarga............ level 7 adalah mampu untuk kurban satu bahagian lembu/ kerbau utuk seiisi keluarga. Level 8 mampu+s (gurau ustaz)

Level 7 ni adalah minima untuk kebanyakan orang. Adakah anda mampu? 3 dalil/ test mampu kata ustaz:

1. Kalau ada kuali terbalik di rumah(Astro) maknanya mampu.

2. Kalau ada kereta maknanya mampu

3. Kalau hisap rokok maknanya mampu

Tambah ustaz lagi, mungkin selama ini kita jarang buat Kurban sebab tu banyak masalah timbul seperti kereta rosak, anak-anak tak menjadi, rumah masuk pencuri dll. Wallahualam

Tadi saya dah masuk nama, masih ada kosong lagi so cepat2lah hubungi saya sebab tinggal 4 nama sahaja. Kebanyakan surau dah tutup pendaftaran. Surau yang saya ambil ni, surau kecil di tepi jalan. Ramai yang sembahyang adalah orang luar, mungkin sebab tu kurang sambutan untuk ibadah Kurban. Sudah ada 3 nama, harap2 boleh dapat 4 lagi untuk cukupkan 7 bahagian. Jika anda masuk di surau ini, maka saya percaya ini adalah lebih utama dari tempat lain yang sudah ada banyak lembu untuk di korbankan kerana dapat menggembirakan penduduk di sini. Satu bahagian RM 350.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment