Assalamualaikum
Saya meletak jawatan sebagai pengerusi Taahas berkuat-kuasa serta merta. Sila pilih pengerusi baru anda. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan memperbaiki kelemahan2 yang ada. Terimakasih kepada sokongan selama ini..
Sebab utama meletak jawatan adalah kegagalan saya meyakinkan kebanyakan ahli supaya memberi sumbangan tetap kepada tabung. Oleh itu, tanpa kewangan banyak perkara yang kita boleh jalankan tidak dapat dilaksanakan. Walaupun begitu, ada juga perkara2 yang berjaya dibuat seperti sukan, majlis tazkirah, kenduri-kendara dsb
Buat kali terakhir saya menyeru ahli supaya berkorban sedikit dengan memberi sumbangan tetap. Walaupun susah, ia seumpama memakan obat yang mana walaupun pahit harus ditelan untuk kebaikan. Saya juga meminta agar pengerusi baru nanti diberi sepenuh sokongan terutamanya pada apa2 yang telah diputuskan bersama.
Saidina Ali pernah memberi 1 dinar, kemudian dalam perjalanan pulang beliau menerima 9 dinar (saya tidak ingat sebabnya samada hadiah etc..). Lalu beliau bertanya di mana lagi satu dinar? Ternyata, si penyampai telah menyorok 1 dinar untuk dirinya. Orang itu bertanya Saidina Ali bagaimana beliau tahu dia menyorok 1 dinar. Saidina Ali pun menjawab bahawa satu kebaikan dibalas oleh sepuluh oleh Allah s.w.t..!
Allah s.w.t juga menjamin di dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang menafkahkan duit di jalan Allah, maka dia tidak akan jatuh papa kedana. Jaminan siapakah yang lebih baik dari jaminan Allah?
Saya juga memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan semasa menerajui persatuan ini. Walaupun meletak jawatan, blog ini tetap saya terajui yang mana ia adalah satu legasi yang berjaya saya kira..
Wasssalam..
No comments:
Post a Comment