Monday, January 26, 2009

Menawan Puncak Nuang (24 Jan - 26 Jan 2009)


Pada 24 Jan yang lepas, kami budak2 gunung abass telah memulakan perjalanan kami menawan puncak nuang buat kali ke-empat (kata abang bulat la, tak tau betul ke tidak). Isa - The Backpacker, walaupun kali pertama menawan Nuang, nyata tidak mempunyai sebarang masalah. Malah beliau merupakan antara orang paling awal tiba (hehehe...) ke puncak Nuang. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.. Enjoy!!!
~

Tiket masuk. Dulu masuk free. Sekarang dah kena bayar RM1.00. Tapi janganlah expect ada tangga aloi disediakan untuk pendaki. Ingat banyak sangat ke singgit tu??
~

24 Jan 2009. Mula tiba di carpark dalam lingkungan 4.30pm. Takde hal. Walaupun lambat, hardcore cam kitaorg, xpe, xde masalah..
~
~ My beloved wife. Dah pregnant pun nak ikut gak.. Hah, jom.. Jgn merungut manjat bukit dah...
~
~ Steady la bro... Naik basikal tu...
~
~
Basikal dah kena campak kat semak. Tak larat nak bawak. Payah rupanya naik basikal ni. Hampir2 putus asa. Balik kang kalau ada, ada lah. Kalau takde nak buat camne, takde rezeki...
~
~
Kami sampai dalam lingkungan 7.20pm. Nasib baik ade Wak Jeli yang datang entah mana.. Tiba2 muncul jer kat DAM tu. Kalau tak, payah gak nak carik camp-site korang..
~
~
"Kalau ikut2, jam 6.45 kami sampai. Tapi ader sesat sikit. Rugi 1/2 jam"
~
~
25 Jan 2009. Sarapan pagi oleh Chef Abang Bulat.. Cayalah bang, sedap nasi goreng nih!!
~
~
Tengok pinggan tu.. Licin bro..
~
~
About to climb Nuang's Peak. Jam 10am baru nak gerak.
~
~
Brader Fauzi pun nak masuk bergambar gak.. (walaupun dah surrender awal2 lagi tak nak naik) ..
~
~
Sampai di Kem PACAT.. Berdoa sekali dgn bebudak pengakap..
~
~
Fauzi kecik antara yang ter TOP mendaki. "Takut kena kutuk ke bro??"..
~
~
Oppss.. Rilek dulu. Kem PACAT belum amik gambar lagi...
~
~
Nak jugak!!! Belasah la bro.. Sekeping RM2.00 yek..
~
~
Bergambar beramai-ramai. Cuma jurufoto (The Backpacker) & Wak Jeli tak masuk..
~
~
Berapa punya tinggi la gunung ni. Lutut dah nak menangkap ni...
~
~
Pemandangan kebawah dari lereng Gunung Nuang..
~
~
Tengok la dinding belakang tu.. Nak kena panjat jap lagi bro...
~
~
Puncak pertama - Puncak Pengasih..
~
~Hai bang?? Menopang kat sign board tu?? Ni bukan takat tangkap lutut jer ni.. Dah tangkap pinggang dah.. Meletop bunyi nyer...
~
~

Abang Bulat cuba membuat posing terbaik beliau sementara Asrin bersungguh-sungguh mengambil gambar.
~
~
Wak Jeli memberi makan haiwan peliharaan beliau di puncak Gunung Nuang...
~
~
The Backpacker bergambar di mercu tanda puncak Nuang..
~
~
Satu keping jer mana cukup bro, letih memanjat ni...
~
~
Lutut bertemu dagu punya pasal, snap buat kali ketiga...
~
~
Walaupun kurang tinggi, Abang Kecik tetap cuba untuk memberi makan tupai di puncak Nuang.. (5-6 kali gak tupai tu teragak-agak nak capai makanan tu). "Jauh sangat bro, tak kesampaian den nak mencapainyo". Kata tupai tersebut..
~
~
The Backpacker bersama papan tanda ketinggian Nuang. 4898 kaki. "Wak Jeli, ko jangan tikam lak nombor ni turun nanti".. Hehehe...
~
~
Turun ke Camp Site sekitar jam 6pm. Bukan aper, Abang Bulat mengganggu perjalanan.. Kejap-kejap The Backpacker terpaksa brek kerana laluan dihimpit oleh beliau. "Bro, lain kali tak boleh laju bagi la otai laluan bro".. The Backpacker tau Abang Bulat takut kena kutuk kalau kena tinggal dengan The Backpacker..
~
~
Baru abis borak dengan Fauzi Besar jam 4 pagi..
~
~
26 Jan 2009. Air terjun sejuk gila.. Kata nak gerak jam 10am. Ni dah 8.30 semua dok tido lagi ni..
~
~
Peace Abang Bulat..
~
~
Sedang berkemas. Dah nak balik. Plan nak keluar ke carpark jam 10am. Ni dah dekat 11am ni. Sempat lagi last snap. Battery dah memanggil-manggil ni.. Brader Suhai kat belakang sempat menjeling lagi...
~
~

Tak jadi... Ok, one more time, please...

~


Kami berjaya sampai ke carpark dalam lingkungan jam 1.30pm. Walaupun Abang Bulat memotong The Backpacker semasa hampir dengan garisan penamat "keluar dari Camp-Site Nuang", namun The Backpacker berjaya memotong kembali Abang Bulat dengan penggunaan senjata rahsia The Backpacker (basikal). Abang Bulat dipotong seperti sayur-sayuran dan hanya mampu menoleh terpinga-pinga seketika ketika "horn" dibunyikan oleh The Backpacker. Bahkan, Asrin dan anak-anak kakitangan juga tewas ditangan The Backpacker!!!

~
Salam Nuang...
Isa - The Backpacker
Technical Assistant
Konsortium ABASS Sdn Bhd
~

No comments:

Post a Comment