Tuesday, January 13, 2009

Username

Salam... Aktiviti perkelahan amat disambut baik oleh semua orang.... tetapi masih ramai antara kita yang tidak menggunakan kemudahan Blog ini sebagai satu hubungan komunikasi yang mudah... jadi En Isa perlu mendapat kan daripada ahli2 yang lain secara manual dengan melalui telefon dll....

Merujuk kepada perkara di atas sepertimana tajuk yang saya kemukakan, pandangan saya bagi username/Id rasanya perlu di ambil kira dan saya minta pertimbangan yang sewajarnya dari pengerusi yang perasan hensem walaupun umur sudah menjangkau 40an... (jgn marah bang...) Kalau kita perhatikan kita sekarang cuma ada 3 followers sahaja. Ini kerana kebanyakan dari kita menggunakan user taahas/khairul@ilkap.gov.my sahaja utk menghantar bahan2 dalam blog ini... Bila ahli yang menyertai blog ini bertambah ramai dari masa kesemasa ini akan menyebabkan kekeliruan dalam pengendalian blog bagi administrator. Jika kita menggunakan user sendiri kita akan nampak blog ini lebih meriah kerana Followers yang bertambah dari masa kesemasa.

Saya sebagai administrator memohon ahli2 yang tidak mempunyai user/id sendiri utk mendaftar dalam akaun google (sign up google email) dan email kepada saya email google yang telah dibuat. (khairul@ilkap.gov.my / pakego@gmail.com) Saya akan invite anda dan anda cuma perlu mengaktifkan akaun blog anda apabila mendapat mail invite daripada taahas09. kemudian anda sudah boleh masuk ke dalam blog ini menggunakan username google anda.

Jika ada apa2 kemusykilan berkenaan perkara diatas (tidak termasuk hal2 rumahtangga yer) bolehlah anda email atau roger saya terus melalui 03-89243426 atau 012-3178394.

Sekian, wassalam...

1 comment:

  1. abang tak paham camne nak buat, kau ajar nanti...

    stone cold

    ReplyDelete