Terimakasih kepada Isa, Khairul dan Along Fitri kerana 'mengupdate' gambar dan cerita di dalam blog ini. Tetapi masih ramai lagi yg belum terlibat. Jadi, saya ingin menggalakkan ahli-ahli lain- Big Brother Abang Man, Ateh, Andak, Yg Berusaha Ishak, Makcik cun, The Most Eligible Bachelor Ipoi dan tak lupa juga Midah untuk menyumbang. Bantuan teknikal percuma disediakan samaada melalui saya atau pun melalui orang kedua hensem selepas saya En. Administrator Khairul.
Anda boleh menghantar apa-apa sahaja selain direct selling! Gambar, Video, cerita, pengalaman, karangan, pendapat ,komplain, komen, cetuhan rasa, surat cinta, luahan, rayuan, rintihan, ancaman dsb. Juga sajak, lagu puisi, pantun, gossip, nasyid, kasidah semua pun kita terima asalkan original...
Kepada suami/ isteri ahli2 juga boleh menyumbang bahan2. Mungkin dengan cara ini dapat meregakan ketegangan, kemarahan, kegeraman anda semua pada isteri/ suami yang asyik menulis blog sehari suntuk..
Saya berharap blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatur-rahim antara kita semua...
Aminnnn..
Yours Truly Loving Chairman..
No comments:
Post a Comment